Wednesday, 11 December 2013

Makanan larut malam menyihatkan

Menurut kajian makan lewat malam itu boleh mengundang pelbagai penyakit membahaya dan sekiranya tidak dikawal ianya boleh mengundang pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi dan yang paling ditakuti sakit jantung.

Malah kajian juga mendapati bagi mereka yang berusia 30 tahun ke atas, mereka mudah untuk diserang pelbagai penyakit disebabkan kadar metabolisme dan keupayaan untuk melawan penyakit semakin tidak kuat. Sesungguhnya penyakit itu berpunca daripada makanan.

Namun begitu jangan bimbang sekiranya anda seorang yang gemar makan lewat malam kerana tiada halangan untuk makan lewat malam kerana sememangnya Malaysia terkenal dengan syurga makanan tetapi anda haruslah tahu untuk memilih makanan yang rendah kalori dan yang menyihatkan untuk diambil saat berasa lapar.

Buah-buahan segar
Sebaiknya makanlah buah-buahan di malam hari kerana makanan ringan seperti buah-buah elok dan sesuai untuk dijadikan santapan ketika lapar. Malah buah-buahan seperti epal, oren juga boleh dibuat jus. Rasanya yang segar dan menyihat mampu melancarkan sistem penghadaman dan sebagai antioksidan ketika tidur. Elakkan dari mengambil makanan yang berat seperti nasi dan roti canai kerana ianya mengambil masa untuk dihadam dan juga tidak membahayakan kesihatan anda.

Yogurt dengan buah-buahan
Makanan sejuk yogurt mengandungi kandungan protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah. Selain menghilangkan rasa lapar, ia juga mampu mengelakkan insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam. Untuk proses antioksidan dan rasa yang lebih sedap, tambahkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi ataupun blueberri.

Pisang
Pisang adalah makanan yang menyihatkan tubuh badan kerana ianya mengandungi karbohidrat kompleks yang memudahkan kita untuk tidur.Ianya juga menghasilkan dan meningkatkan kadar insulin yang mana membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi. Tambahan. Kandungan potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang juga terbukti berkesan untuk membantu otot berehat.

Roti gandum
Roti gandum kaya dengan sumber vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asam folat dan antioksida. Bahkan ianya mempunyai karbohidrat kompleks yang membuatkan kita kenyang lebih lama. cukup sekadar makan sepotong sandwich bersama roti gandum serta sedikit salad dengan daging tanpa lemak mampu untuk membuat tidur anda lebih lena dan menyihatkan.

Coklat
Coklat dipercayai mengandungi pelbagai khasiat seperti antioksidan yang mana boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi mereka yang mengidap penyakit darah tinggi (hipertensi). Namun begitu, kadar pengambilan haruslah tidak berlebihan kerana coklat sememangnya sedap tetapi tidak digalakkan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.

Kesimpulan kesihatan itu adalah perkara yang mustahak yang harus dijaga setiap masyarakat kerana kesihatan itu merupakan suatu perkara yang tidak boleh dijual beli di mana-mana.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


No comments:

Post a Comment