Wednesday, 7 May 2014

7 Perkara Perlu Anda Elak Dalam Perhubungan

Berfikiran Negatif Sentiasa mengadu mengenai semua perkara. Itu tak kena, ini tak kena. Ada saja yang salah di mata. Ia bukan sahaja mempengaruhi keyakinan diri, malah mengganggu hubungan antara orang sekeliling terutamanya pasangan yang sentiasa ada di sisi. Berfikiran positif membolehkan anda fokus kepada perkara yang baik dan mengetepikan apa yang tidak penting.

Cemburu Diakui cemburu itu perlu ada, namun jika sudah berlebihan ia memberi kesan memudaratkan kepada perhubungan. Orang yang gembira hidupnya mensyukuri nikmat yang dia miliki dan tidak membandingkan kehidupan orang lain dengan diri sendiri.
 
Terlalu Sensitif Apabila pasangan memberi komen mengenai anda, cuba ambil sedikit masa dan berfikir. Jangan terlebih menganalisis kata-katanya. Beri dia kebebasan untuk berbicara. Dengar dan fahami. Jika pun anda tidak setuju akan kata-katanya, pastikan anda mempunyai alasan dan faham dengan apa yang ingin disampaikannya.
 
Pentingkan Diri Sendiri Sikap bantu membantu itu dapat meringankan beban orang lain. Justeru ia memberi peluang untuk anda berkongsi kegembiraan dengan mereka. Ketahuilah, mereka yang membuatkan orang lain gembira akan dikurniakan kegembiraan lebih daripada yang diberinya.
 
Menjauhi Masalah Semua manusia berdepan dengan masalah. Itu lumrah. Mereka yang tidak bahagia membiarkan masalah tergantung begitu sahaja. Mereka akan hidup dalam kebimbangan dan masalah menjadi semakin membebankan hari demi hari.
 
Membalas Dendam Sememangnya anda sakit hati dengan perbuatan orang lain yang berlaku kejam dalam hidup anda. Namun, orang yang bahagia tidak menyimpan dendam, malah membiarkan mereka dan hanya mampu berdoa agar Tuhan yang membalasnya.
 
Hidup Dalam Kenangan Silam Yang sudah berlalu, biarkan ia pergi. Mengapa perlu diungkit kisah lama yang boleh membangkit gaduh antara kalian? Fokus kepada masa depan. Masih banyak peluang yang menunggu untuk diterokai dan jadikan kenangan lalu itu sebagai pengajaran.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Tuesday, 6 May 2014

Ambil Hati Lelaki

Dalam perhubungan, bukan wanita saja yang ingin dengar kata-kata pujian atau sokongan. Kaum lelaki juga mahu dihargai dan perlukan kata-kata semangat untuk berasa diri mereka penting dan pasangan mengambil berat mengenai diri mereka.
EH! cadangkan beberapa ayat manis yang boleh anda ucapkan untuk buat si dia lebih sayang dan boleh jatuh cinta sekali lagi dengan anda!
 
I hormat you – mungkin agak kuno tetapi dengan ayat yang mudah itu dia akan rasa amat dihargai. Jika wanita mahu disayangi, lelaki pula mahu dihormati. Mereka mudah terasa jika merasakan mereka tidak dihormati dan cukup dengan berikan kata-kata itu boleh buat dia gembira.
 
You kacak hari ni” – dia pasangan kamu jadi tidak salah kamu lemparkan sedikit pujian untuk ambil hatinya terutama apabila si dia bersusah payah gosok baju, menggaya rambut dan berwangi-wangian.
 
“Terima kasih” – dalam bahasa apa sekalipun, apa saja tindakan ringkas seperti tuangkan air jangan lupa berterima kasih. Cari beberapa lagi kebaikan yang si dia lakukan dalam sehari dan ambil peluang ucapkan terima kasih.
 
“Saya percayakan awak” – kunci perhubungan adalah komunikasi jadi dalam melalui suka duka bersama ucapkan ayat ini sebagai tanda anda mengharapkan perlindungan si dia dalam pelbagai situasi.
 
“Saya di sisi awak” – si dia juga perlu tahu anda bersedia untuk jadi individu yang dia boleh bersandar kala saat sukar.
 
“Saya mendengar” – cara lelaki berdepan dengan masalah tidak sama dengan wanita, jadi usah marakkan amarahnya sebaliknya pinjamkan telinga dan dengan apa yang ingin si dia luahkan.
 
Sorry sayang” – tidak salah untuk ucapkan maaf dahulu daripada membiarkan situasi lebih teruk. Dia bukannya musuh dan anda harus mengalah jika sekadar bertekak nak makan luar di mana!
 
I bangga dengan you – tahap pencapaian penting bagi lelaki jadi mereka mahukan perakuan anda bahawa dia telah melakukan yang terbaik.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Monday, 5 May 2014

5 Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita

Queen Control
Lelaki kurang gemarkan wanita yang kuat mengongkong dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin si dia nampak turut sahaja segala arahan kamu, berhati-hati kerana sampai satu tahap dia mungkin akan buat perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa dalam perhubungan.

Tidak Hormat orang Tua
Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau kamu bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika kamu bukan calon isteri pilihan si dia. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.

Gedik
Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang.

Kaki Kikis
Usah meminta-minta dengan si dia, biarkan si dia yang beri kamu hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble.

Main Kayu Tiga
Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan member peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya. Sekali kamu di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury