Monday, 9 December 2013

Jenis minyak yang baik untuk rambut

Anda tidak lagi perlu berbelanja lebih untuk rambut. Produk terbaik di pasaran seringkali membuatkan anda lari bajet setiap bulan. Kadang kala, produk yang terbaik boleh ditemui di pasaraya berdekatan . Seperti yang kita semua tahu,produk terbaik untuk rambut kita adalah minyak semula jadi. Lihat sahaja selebriti Bollywood, bagaimana mereka memiliki rambut cantik, bersinar dan lebat? Rakyat di India memang terkenal dengan penggunaan minyak. Jadi, mari kita lihat 6 jenis minyak yang bagus untuk rambut anda.

Minyak avokado
Minyak avokado sangat bagus untuk rambut normal. Ia mempunyai kandungan nutrient yang banyak seperti asid amino, lemak asid, vitamim A,B,D dan E. Ia juga berkesan sebagai pelembap, perapi dan membaiki kekuatan, melurus dan menyinarkan rambut anda.

Minyak kastor
Minyak kastor bertujuan menebalkan rambut anda, mendorong fosikel rambut untuk berfungsi supaya rambut baru dapat dihasilkan, menhalang daripada masalah botak. Mengurangkan rambut bercabang dan membantu melembutkan rambut mengerbang. Minyak kastor juga menghalang sebarang penyakit kulit di kepala.

Minyak kelapa
Minyak kelapa sangat popular di kalangan masyarakat India. Minyak kelapa menghalang kelimumur, menguatkan akar rambut, meluruskan, melebatkan dan menghalang sebarang kerosakan rambut.

Minyak zaitun
Masyarakat Mediterranean amat menyukai penggunaan minyak zaitun ini. Minyak zaitun bertindak sebagai pelembap, perapi, menguatkan akar rambut, mengurangkan kelimumur dan juga sumber antioksidan yang kuat untuk membantu mengurangkan rambut gugur.

Minyak rosmeri
Minyak rosmeri agak sukar di dapati di pasaran, namun ia bertindak memberi rangsangan pada fosikel rambut untuk berfungsi menghasilkan rambut baru. Ia juga menghalang daripada kemunculan uban, menghalang kelimumur, meluruskan rambut mengerbang serta menyinarkan rambut anda.

Minyak badam
Minyak badam berfungsi perangsang terbaik untuk melembutkan kutikel rambut, memberi rangsangan pada fosikel rambut untuk berfungsi menghasilkan rambut baru, menebalkan rambut, menghalang rambut gugur dan menyinarkan rambut anda.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


No comments:

Post a Comment