Tuesday, 10 December 2013

alahan makanan

Seluruh dunia tahu bahawa Malaysia merupakan negara yang menghasilkan pelbagai resipi makanan dan kelazatannya tidak dapat dipertikaikan. Di mana-mana tak kira siang dan malam, kita boleh mendapatkan makanan dengan mudah. Namun begitu, ada di antara kita tidak mampu menikmati semuanya kerana mengalami alahan terhadap makanan. Sesetengah kes alahan boleh menyebabkan kematian. Dianggarkan sebanyak 25 peratus rakyat Malaysia mengalami alahan makanan.

Apa itu alahan?
Alahan terhadap makanan merupakan tahap kesihatan yang serius yang menjejaskan sehingga 15 juta rakyat termasuk 1 dalam 13 kanak-kanak. Tugas sistem imun badan kita adalah untuk mengenal pasti dan memusnahkan kuman (bakteria dan virus) yang membuatkan anda jatuh sakit. Alahan makanan terhasil apabila sistem imun tersilap mensasarkan protein makanan sebagai ancaman dan memusnahkannya.

Simptom-simptom alahan makanan
Antara gejala yang dapat dilihat jelas ialah bengkak di bahagian mulut dan nafas berbunyi. Tekanan darah juga boleh turun mendadak dan simptom ini dikenali sebagai kejutan anafilaksis. Apa jua jenis makanan boleh penyebab alahan dan ia terpulang kepada keadaan individu tersebut. Kebiasaannya, ia hanya melibatkan beberapa jenis kandungan makanan sahaja.

Adakalanya, ia akan lega buat sementara tetapi efeknya akan datang beberapa jam kemudian. Gejala yang biasa dilihat pada individu adalah seperti :

• Gatal – gatal kulit
• Mata berair
• Hidung tersumbat
• Cirit – birit
• Bengkak bibir dan mulut
• Kejang otot perut
• Ruam pada kulit

Diantara gejala serius yang perlu mendapatkan rawatan segera pula:

• Pening
• Sukar bernafas
• Dada terasa tegang
• Tekak seperti tercekik

Apabila gejala alahan berlaku, pelepasan kimia akan terjadi dan bertindak di beberapa bahagian tubuh terutamanya saluran pernafasan, usus besar, kulit, tekak, serta jantung. Alahan biasanya dikaitkan dengan beberapa jenis makanan seperti susu, kekacang, makanan laut dan telur.

Bagi penghidap asma, anda harus memberi perhatian lebih kerana gejala itu boleh mengakibatkan tindak balas dan reaksi lebih kritikal.

Sekiranya individu alah pada sejenis makanan, tidak mustahil mereka juga alah kepada makanan yang lebih kurang sama kategorinya. Contohnya, jika alahan utama anda merupakan susu lembu, anda mungkin akan alah juga pada keju yang diperbuat daripada susu lembu.

Rawatan dan pencegahan
Jangan ambil mudah apabila ada diantara keluarga anda mengadu sakit selepas makan. Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin kerana alahan pada makanan boleh menyebabkan kematian. Namun, cara paling tepat adalah dengan mengelak. Ambil beberapa langkah mudah di bawah kerana ia mampu menhindarkan serangan serta menyelamatkan nyawa anda.
• Jangan segan bertanya ramuan apa di dalam makanan jika anda makan di luar atau menghadiri majlis keramaian. Anda perlu bersikap terbuka dengan alahan yang anda hidapi.
• Dapatkan nasihat pakar tentang makanan apa yang selamat dimakan oleh anda serta vitamin tambahan apa yang perlu anda ambil.
• Cari di internet atau beli buku khas resipi khas untuk alahan. Kami pasti anda boleh mendapatkan buku itu di kedai – kedai buku berdekatan.
• Ikuti rawatan pencegahan seperti imunote- rapid an beberapa terapi alahan makanan yang terkini.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


No comments:

Post a Comment