Sunday, 25 September 2011

Highway Senai-Desaru

Hari Sabtu.. oleh kerana tak kerja so aku ngan mak cadang nak balik kampung.. saje jalan2.. nak lalu hiway baru. hehe.. siap punya siap.. kul 12 bru kuar umah... huhu..  mak cik aku ckp boley masok hiway tu iku mount austin. pusing2 kat mount austin tak jumpa pon jalan nak masok hiway desaru. so aku ikut la jalan ulu tiram..sbb sebelum sampai tiram tuh ade laluan masok hiway desaru,, kitorg masok plaza tol ulu tiram lebih kurang kul 12.35 tengari.  ni kad tol lebuhraya Senai-Desaru.....




lalu atas laut.. huhu.. sepanjang hiway akan lalu atas 4 jambatan.. 3 jambatan kecik 1 jambatan besar... pemandangan yg sempat dirakamkan.. hehe









sampai kat plaza tol penawar setengah jam kemudian..  dari tol penawar nak sampai kat umah arwah atok amek mase 20 minit... xde ape yg menarik kat umah arwah atok.. umah felda biase jek. sempat aku amek gambar nih kat umah makcik.... hehe..




mak cik aku ni suke btol menternak binatang.. ayam.. burung puyuh.. kali ni itik plak.. angsa tuh amek kat umah arwah atok.. mak cik aku cite ari tuh banyak dia bela itik. sehari sebelum puasa 8 ekor mati.. kebanyakannya perut berlubang.. tak tau ape yg makan,, makcik aku rase musang... tapi xtau la... kul 6 lebih berangkat balik ke Johor Bahru.....

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Friday, 23 September 2011

Kisah Semalam

Balik kerja aku kuar ngan bf aku.. rindu beb. lame tak jumpa..  kitorg nak g Sutera Mall..



rase lapar la plak. maklumlah, tengari aku cume mkn ni waffle gardenia ni jek. 



g jusco ingatkan nak beli sandwich tp xde la plak. huhu. g tempat roti. ternampak lak waffles gardenia ni, teringin lak nak try.. sedap ke? kureng kot. huhu.  kwan aku nak beli egg tart. so g la kedai kek. ternampak lak kek  "angry birds". popular betol la game angry birds ni. sana sini ade jek angry birds. t shirt..beg..selipar..tabung..sticker.. macam2 lagi lah.. ni la rupe kek angry birds........


oh ye.. sambung cite mkn malam... otw nak ke sutera mall terasa lapar.. singgah la makan kat Taman Perling,, kitorg makan bubur.. sedap!!  cume kangkung dye la.. bkn xsedap kangkung tuh.. tapi sikit! huhu. aku ni dah la suke mkn kangkung. x rase beb mkn kangkung sikit. tak puas. hehe..


bile da kenyang.. terus g sutera mall.. g sane sebab nak beli mknn anak2 yg da nak abis.."anak2"??  haha. hamster la. kitorg beli mknn hamster. kedai langganan tetap kitorg. kedai marukan..



setel beli mknn anak2.. tekak rese kering lak.. hehe. sebenarnye da lame tak minum Each a Cup..


aku amek Passion Fruit Yogurt Drink + mix fruits jelly.. bf aku lak amek Strawberry Milk Tea.. da beli each a cup kitorg pon balik umah.....

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Thursday, 22 September 2011

Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Seringkali ku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Monday, 19 September 2011

Beraya di Singapura

Balik jek dari Batu Pahat aku terus siap2 nak ke Singapura. nak beraya kat sane.. tak la beraya sangat.. sbb aku ngan mak kat umah kakak tiri aku jek. kakak tiri aku buat open house..mak aku yg masak.. rendang, ketupat, sambal tumis & kuah kacang..


sampai umah kakak tiri aku kat Sengkang dlm kul 11 malam. agak busy sket la.. aku tlg wat bergedil. da mlm and rase penat.. tido la ape lagi. sok pagi bangun siap2.. gak sibuk la sbb ramai tetamu dtg... sampai la mlm.. aku dah xley tahan sbb selsema. ade lgi yg lom balik aku da masuk bilik baring.. tapi bukan bole tido pon.baring2.. aku pon xtau kul bape aku tertido. pagi ahad bangun pon da terlambat.. kesan ubat yg aku mkn mase nak tdo. dah siap2 kitorg kua umah.. hehe. g umah kakak tiri yg sorg lagi kat Pasir Ris. g sane mkn popiah.. Bile nak balik Indah sebok nak ikot. dari umah indah akak aku bawak g Marine Barrage. tempat Singapore proses air laut jadik air mineral.. sempat la amek beberapa keping gambar kat situ.




pastu g kubur arwah bapa tiri aku kat jalan bahar.. lepas dari kubur tu ingatkan terus balik JB.. akak sedare lak kol suh dtg umah.. so g la umah dye jap. kat sane mkn bihun goreng ngan ayam goreng.. da rehat2 jap.. mulekan perjalan balik JB. Alhamdulillah jalan tak jam. sampai umah dlm kol 8malam. home sweet home. masuk je umah buatkan kucing aku susu.. sian diorg lapar.. pastu aku masakkan nasi.. dah kemas2 sume aku pon tido. rase tak larat dah.. dah la ujan lebat. mmg syok tido.. :)

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Hari Malaysia - Beraya di Batu Pahat

Jumaat, 16 September.. cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia.. tapi diwajibkan tuk menghadiri umah terbuka di rumah big boss kami di batu Pahat. dah la tak pernah gi umah Dato.. xtau kat mne tempatnye.. aku pernah la sekali gi Batu Pahat. tu pon just duduk jek, org yg bawak. mne la tau jalan nak g sane. tapi staff Dato kat BP kate senang jek nak gi sane. kul 10 lebih aku kua umah amek Kiran kat opis sbb dye setelkan keja yg tertangguh. pastu amek Nurul kat umah dye yg tak berapa nak jauh dari opis.. then terus bertolak.. sebelum sampai tol Skudai isi minyak dulu. terasa jauh lak perjalanan. almaklumlah.. xpernah pergi. sepanjang perjalanan kerja kitorg adalah mengumpat. haha. biase la kan.. akhirnya sampai tol Air Hitam. perut terasa lapar lak. aduhai.. berangan nak singgah shoping kat air hitam, tapi dek perut yg lapar kami teruskan perjalanan mencari kedai makan.. banyak kedai yg tutup. maklumlah.. cuti umum. hari Malaysia kan. ternampak lak kedai nasi ayam.. tapi dah terlajak.. terpaksa lah u turn balik.. nasi ok. ayam sikit. sambal kureng sbb x pedas. byk mcm mne pon amek sambal tetap x rase pedas. sup dye pon kureng. dah la lalat berterbangan. huhu. nasi ayam ngan air teh limau suam rm5.70.. normal la kot harge mcm tuh.

perut da kenyang teruskan perjalan mencari umah dato.. nak kena cari BP Mall @ Pacific Mall. bile da jumpa BP mall, tgk jam lom kol 2. tak kan nak g umah dato terus. lame lagi kot. so kitorg pon jalan2 kat BP Mall. posing2 amek gambar..



da puas amek gambar kitorg pon carik umah dato. dan terlajak simpang. sbb signboard dye kecik.. masuk je la simpang yg depan. teruskan jek la nsib baik jumpa jalan umah dato. carik umah lak. ades.. no 34 ade. tp mne umah no 35 nih. u turn balik. masok jalan sebelah. eh..ni no 37. patah balik g jalan yg tadi. terus jek la. then kitorg nmpk la keta miss ngah reverse. atas bukit upenye umah dato. patutla tak nmpk no umah. hehe.

 masok umah.. dato ade kat dalam ngah jadik "tourist guide" bawak tetamu jelajah umah dye. kitorg turun balik. amek mknn. menu: ketupat, rendang, sambal tumis, kari kambing, putu mayam, sate, oren, tembikai, pulasan, air sirap, bandung & cendol..


tengah makan hujan turun dgn lebat. officemate yg len tak sampai lagi. kitorg masok umah dato duk kat dalam. mcm tak betah dok dlm.. kitorg dok kat tepi umah. sambil posing2 lagi..hihi.. masuk umah dato balik sbb nak carik port best nak posing.. pastu dok la borak2 kat ruang tamu kedua..


sambil tunggu officemate yg len sampai.. shikin sampai kitorg turun la temankan dye mkn (padahal la lapar balik) hahaha! da petang. and da sampai waktu kena balik. masuk jap umah dato.. nak bgtau miss kitorg nak balik. tapi sempat lak posing2 lagi dlm umah dato. td shikin xde. kali ni amek picture ngan shikin sekali.. dah salam miss, salam dato n datin.. kitorg pon balik.....

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Wednesday, 14 September 2011

Neneng

aku namekan dye neneng sbb kaler dye. hehe. kucen ni aku bawak balik dari Perling.. mase tuh aku Part time kat tenis court perling. tak sampai hati tgk dye. mak xde. xmkn. so aku bawak la blik.


neneng ni jenis manje.. mse kecik nmpk comel giler.



makin besar nmpk mkin tak comel lak. huhu. muke dye makin panjang. dan semakin degil. neneng suke dok atas beg. letak la handbag atas kerusi. confirm dye akan dok atas handbag. neneng suke ngan plastik n kertas. paling suke main tisu. habis tisu dlm bekas dye keluarkan dan sepah2kan.


walau degil aku sayang kat dia.. selalu bile aku balik keja dye mesti tunggu aku depan pintu.. ade lg sekor anak kucen yg aku bawak balik dari perling.. nnt ade mase aku citekan pasal dye pulak.. :)

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Kuntuman Bunga

bilangan kuntuman bunga mempunyai makna disebaliknya. Ada rahsia kenapa seseorang itu memberikan bunga sekian-sekian kuntum. Ada yang bagi banyak kuntuman bunga dan ada juga yang bagi satu sahaja.Berikut merupakan rahsia di sebalik bilangan kuntuman bunga ros yang dipetik dari Love Fate Destiny.

 1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses
Two of us deeply in love.

3 Roses
I love you.

6 Roses
I want to be yours.

9 Roses
Love each other eternally.

11 Roses
You are the one I love most in my life.

12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses
Secret admirer.

24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).

33 Roses
Saying "I love you" with PROFOUND LOVE.

36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses
Constant unchangeable pledge.

50 Roses
This is "Regretless Love".

56 Roses
My love.

66 Roses
Successful love affair.

99 Roses
Love with understanding makes love eternal.

100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple 'till ripe-old age.

101 Roses
No other love but you.

108 Roses
Please marry me!

111 Roses
Eternal love.

123 Roses
Free love.

144 Roses
Loving you day and night eternally.

365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses
Everlasting and eternal love.

1001 Roses
Faithful love, 'till forever

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Spring - Sejiwa

Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


9 sebab hubungan tidak mampu bertahan

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.


4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Kek Batik II

Post sebelom ni aku ade cerita pasal kek batik yg tak pernah jadik... semalam office mate aku ade bg 1 resepi... sebelom nih dye ade bawak kek batik.. so aku pon mintak la resepi kat dye.. dah lame kot mintak tapi xdpt2. n semalam baru dapat resepi tuh.. but aku lom cube buat lg.... ni resepi yg dye bagi :-
bahan2: 250g buttercup, 1 1/2 cawan gula halus, 4 biji telur, sedikit air, 1 cawan koko, 1/2 kilo biskut marie
cara membuat: patah2kan biskut marie.. masukkan buttercup dan gula halus dalam periuk, kacau atas api, masukkan telur, koko dan biskut. kacau sebati. masukkan dlm bekas. tekan2 dan masukkan dlm peti ais..
InsyaAllah ade mase aku akan try buat.. hope kali ni berjaya la aku buat kek batik nih..

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Zodiak dan Cinta

Aquarius
January 21 - February 20
Paling sesuai : Gemini
Boleh menjadi baik : Libra, Pisces, Aries, Sagittarius, Capricorn
Paling tidak sesuai : Taurus, Leo, Scorpio

Pisces
February 21 - March 20
Paling sesuai : Cancer, Scorpio, Pisces
Boleh menjadi baik : Aries, Taurus, Capricorn, Aquarius
Paling tidak sesuai : Gemini, Virgo, Sagittarius

Aries
March 21 - April 20
Paling sesuai : Leo
Boleh menjadi baik : Sagittarius
Paling tidak sesuai : Cancer, Libra, Capricorn, Aries

Taurus
April 21 - May 20
Paling sesuai : Capricorn
Boleh menjadi baik : Taurus
Paling tidak sesuai : Aquarius, Leo, Scorpio

Gemini
May 21 - June 20
Paling sesuai : Libra atau Aquarius
Boleh menjadi baik : Cancer
Paling tidak sesuai : Virgo, Sagittarius, Pisces

Cancer
June 21 - July 20
Paling sesuai : Scorpio atau Pisces
Boleh menjadi baik : Leo atau Virgo
Paling tidak sesuai : Libra, Capricorn, Aries, Cancer

Leo
July 21 - August 20
Paling sesuai : Aries
Boleh menjadi baik : Sagitarius, Capricorn atau Virgo
Paling tidak sesuai : Scorpio, Aquarius, Taurus

Virgo
August 21 - September 20
Paling sesuai : Virgo atau Capricorn
Boleh menjadi baik : Libra, Scorpio, Cancer, Leo
Paling tidak sesuai : Sagittarius, Pisces, Gemini

Libra
September 21 - October 20
Paling sesuai : Gemini
Boleh menjadi baik : Libra, Scorpio, Sagittarius, Leo, Virgo
Paling tidak sesuai : Capricorn, Aries, Cancer

Scorpio
October 21 - November 20
Paling sesuai : Pisces atau Cancer
Boleh menjadi baik : Capricorn, Virgo, Libra
Paling tidak sesuai : Aquarius, Taurus, Leo, Scorpio

Sagittarius
November 21 - December 20
Paling sesuai : Aries atau Leo
Boleh menjadi baik : Capricorn, Aquarius, Libra, Scorpio
Paling tidak sesuai : Pisces, Gemini, Virgo

Capricorn
December 21 - January 20
Paling sesuai : Taurus
Boleh menjadi baik : Aquarius, Virgo, Pisces, Scorpio, Sagittarius
Paling tidak sesuai : Aries, Cancer, Libra

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Monday, 12 September 2011

Taman Astakona - Slash

Umpama mimpi ku kecap kenangan
Taman permainan masa kecil dulu
Sisip senyum mu
Kemanisan tanpa gula
Meninggalkan seribu keresahan

Kala gerimis menitis di hati
Kenangan lenyap tanpa sedar
Mungkinkah ada lagi
Saat saat indah itu
Agar dapat kita bersama lagi

Dalam kelam engkau datang
Memujuk hati yang sepi
Dalam terang engkau hilang entah ke mana
Andai kata hanya mimpi
Mengusik kenangan silam
Mengapa hangat tangan mu ku terasa

Namamu kuukir di pohon di tepi taman
Sebagai hiasan lambang cinta yang terlarang
Semoga kau terlihat tika melintasi taman
Sebagai tanda percintaan abadi
Ataupun pada malam
Namun nan cahaya purnama menyuluh
Ukiran yang memanggil sejuta seri
Yang menghias taman ini
Penuh dengan cahaya misteri
Kekosongan hingga ia
Kesepian

Harumnya mawar menyulam asmara
Harum cempaka kesayuan
Di taman astakona yang tiba-tiba menyepi
Mungkinkah akan begini selamanya

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Ayu

NI lah hamster jenis Winter White.. aku namakan dye Ayu.. ni mase mula2 beli dye.. kaler putih.. aku xtau kenapa semakin lame kaler atu semakin gelap dan semakin hitam... pelik gak.. mungkin disebabkan persekitaran.. tempat aku beli dye dulu.... hamster letak dlm akuarium besar dan letak tepi tingkap kaca.... tempat terang.. maybe sebab tu dye jadik putih.. bile aku bela aku letak dlm umah.. n umah aku bukan dinding kace.. lame jugak aku bela dye.. akhirnya dye mati mase bunting.. xbole nak beranak.. sedih... :(

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Kek Batik

Kek Batik.. dah 3 kali aku try buat..tapi tak jadik2.. yg last buat ari tuh 80% je jadik.. rase da sedap.. tapi bile potong tuh tak cantik... bahagian bawah tuh tak keras.. bile potong kek tuh jadik hancur... org kate lebihkan butter.. aku lebihkan.. org kate jgn tambah air.. aku tak letak air... org kate kurangkan biskut.. aku kurangkan.. org kate jgn pkai susu.. aku tak pkai.. tak semua tak jadik.. haishh.. bile la nak jadik kek batik aku nih.. sape ade resepi kek batik.. kongsi2 la...

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Murtabak Megi

ni cite mase bulan pose ari tuh.. agak terlambat meluahkannye.. hikhik. bile bulan pose mcm2 name mknn kuar. termasuk la murtabak megi.. ingatkan susah nak buat..nak kena uli tepung bagai. upenye senang gile nak buat.. sebungkus megi (ikut suke la nak rase ape), 3 buji telur, cili padi (klu nak pedas), bawang (potong dadu).. tu je bahan2 dye.. klu mls nak potong bawang ngan cili xyah la masukkan.. celur mee megi sampai lembut..klu kembang sgt tak sedap.. pastu toskan megi tuh... pukul telur dlm mangkuk, masukkan perencah megi. bile da sebati masukkan megi dalam mangkuk dan gaul rata. panas kan kuali masukkan sedikit minyak.. bile minyak da panaskan masukkan bahan yg telah digaul.. api jangan la besar sgt.. nnt hangus n dalam tak masak.. masak mcm masak telur dadar.. klu nak betul2 mcm murtabak..bentukkan la segi empat... bile da masak hidangkan.. nak tambah bahan2 lain pon bole.. klu rajin la nak potong.. hehe.. sape yg terasa nak buat tuh.. selamat mencube.. :)


Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Sarapan Nasi Goreng

Pagi ahad.. bangun tido terasa bersemangat nak buat sarapan.. xde menu lain la.. semestinya Nasi Goreng.. dengan confident nye mengambil cili padi dengan byknye sbb disangka cili padi tuh tak pedas.. tumbuk cili padi, bawang putih dan bawang besar... potong bebola daging nak dibuat rencah... tumis bahan yg ditumbuk... bile dah kecokelatan masuk kan bebola daging.. masukkan garam dan serbuk perasa... masukkan sedikit air untuk lembutkan bebola daging.. bile da kering air tuh masukkan nasi... gaulkan rata.. biarkan lama sedikit atas api... bile da puas hati hidangkan... jadila nasi goreng tersebut... amek pinggan, ceduk nasi ke dalam pinggan.. makan menghadap tv.. sesuap.. ok lg.. dua suap ok lg.. kali ketiga suap... aku rase da bole jadik naga... PEDAS!!!!!!!!! padan muke.. ckp lg la cili padi tuh tak pedas.. sekali pedas.. amek ko.. lain kali beringat klu nak wat nasi goreng.. nasib baik tak sakit perut...

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Hantu Bonceng

Hari Sabtu ari tu aku gi tgk wayang ngan boipren kat Todays Mall Ulu Tiram, Johor.. tgk Hantu Bonceng sbb member2 ckp cite tuh best.. teruja la nak tgk kan bile org ckp cite tu best. so kitorg gi la tgk. mmg best.. komedi seram.. lebih byk gelak dari seram. rasenye xde la seram, cume terkejut jek.. hehehe.. nak gi Tiram tuh kitorg ikot la Lebuhraya Pasir Gudang Desaru.. mak aih 3 kali ganda kot jauh.. klu nak balik kg memang dekat.. sebab kuar kat simpang nak ke Bandar Penawar, dah dekat le ngan kampung aku kat Felda Kledang.. kuar dari simpang tuh memang jauh le nak patah balik nak ke Tiram.. nasib baik le sempat sampai tepat mase sebelom wayang start.. huhu sbb kitorg da book kat internet.. bile sampai ngan tayang iklan..

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Sunday, 11 September 2011

Hamster

Sekarang aku ade 10 ekor hamster dari 2 jenis spesies. Mini Hamster & Roborvski..
Roborvski tinggal sekor. sekor dah mati.. huhu.. sedih tol sbb yg mati tu yg gemuk. Mini Hamster ade 9 ekor.. mule2 beli 2 ekor jek.. sebab beli sepasang, jantan dan betina.. so, membiak la.. dua kali beranak.. yg 1st beranak 6 ekor. sekor mati .. 2nd beranak 2 ekor jek.. tapi xde yg ikot kaler mak dye.. ikot kaler bapak dye ade.. huhu. ade gak bela hamster jenis Winter White.. 2 ekor. tapi dua2 da mati.. sedih betul, sbb hamster jenis ni manje n senang nak pegang.. comel.. .tapi klu ade sape2 nak bela hamster.. jangan beli hamster jenis Mini sbb jenis ni suke menggigit ...
Roborsvki Hamster












Mini Hamster















 Winter White Hamster


Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Friday, 9 September 2011

Sebuah Permulaan

Assalamualaikum....
Dah lama teringin nak jadi Blogger. tapi tak kesampaian.. bile officemate mula buat blog, tertarik sekali nak buat blog.. macam menarik kan. boleh kongsi kisah hidup.. salam perkenalan kepada Blogger2.. :)

Hasil Nukilan Emiey Cadbury