Selalunya wanita yang bekerjaya adalah wanita yang mempunyai visi dan misi yang mereka ingin capai dalam hidup, antaranya kita boleh lihat melalui personalti wanita yang berkejaya ini dengan penampilan mereka dengan fesyen yang digayakan.
Tetapi tahukah anda dalam pemilihan pakaian wanita yang berkejaya ini kadang-kadang kelihatan tidak sesuai dipakai dan agak menjolok mata terutamanya ketika mereka berada di pejabat.
Antara kesilapan fesyen dan kesalahan yang sering wanita lakukan tanpa mereka sedari adalah seperti di bawah ini:
Memakai alat solek dengan tebal
Kepada wanita yang suka bermekap elakkan dari bermekap tebal kerana jika terlalu tebal ianya bukan mencantikan tetapi kelihatan pelik dan bukannya kecantikan semulajadi. Sebaiknya guna solekan yang nipis . Selain itu, pemakaian pembayang mata seperti 'eye shadow', warna lipstick, perwarna kuku tidak perlu terlalu terang dan menonjol sehingga membuatkan anda menjadi seperti badut. Penggunaan mekap yang keterlaluan bukan seperti anda nak pergi ke pejabat tetapi kelihatan seperti anda nak pergi ke parti.
Elakkan dari memakai pakaian telalu seksi
Memakai pakaian seksi yang menjolok mata seperti mendedahkan lurah dada boleh merosakkan imej profesional dan tidak sesuai untuk persekitaran profesional. Ianya bukan sahaja kelihatan seperti ingin menunjuk malah penerimaan rakan sekerja, bos dan orang sekeliling pastinya kurang selesa dengan pemakaian anda itu.
Pakai pakaian yang sesuai untuk badan anda
Pilihlah pakaian yang mengikut etika tempat kerja anda dan mengikut standard yang telah ditetapkan kerana sekiranya tidak mengikut garis panduan itu menunjukan anda seorang yang tidak berdisplin yang mana sekaligus menunjukkan imej anda yang tidak tahu bergaya. Elakkan juga dari pakaian yang terlalu seksi dan tidak sopan.
Elakkan dari memakai aksesori yang
Tidak salah untuk bergaya lebih ketempat kerja tapi haruslah bersesuaian seperti tidak memakai aksesori yang aneh dan ganjil kerana ianya akan membuat anda menjadi perhatian rakan sekerja dan untuk pemakaian kasut sebaiknya tidaklah memakai selipar kerana ia tidak melambangkan profesionalism anda itu sendiri.
Pakaian itu melambangkan personaliti seseorang indidividu samaada individu itu bijak bergaya atau tidak. Pilihlah pakaian yang selesa dan sesuai yang mana ianya tidak tidak mejolokkan mata kerana di pejabat adalah tempat dimana etika pemakaian perlulah dijaga.
No comments:
Post a Comment