Wednesday, 6 February 2013

Kesilapan bersenam di gim

Pergi ke gim dengan perut kosong
Bersenam dengan perut yang lapar sangatlah tidak produktif. Memanglah ia sangat bagus untuk bersenam sebelum makan kerana ia boleh membakar lemak. Namun terdapat sesetengah orang yang datang ke gim beraa lapar, cepat marah dan kurang bertenaga. Tingkatkan sumber tenaga sebelum ke gim dengan hanya makan hidangan yang mudah dihadam seperti badam, epal atau pisang dengan satu sudu mentega badam.

Makan terlalu banyak karbohidrat sebelum bersenam
Satu tindakan yang bijak untuk makan sebelum bersenam, namun janganlah mengambil terlalu banyak karbohidrat jika mahu mendapat hasil yang memuaskan. Menurut pakar, glukosa tambahan akan digunakan untuk sumber tenaga badan anda daripada terkumpul menjadi lemak.

Mengulangi rutin kardio yang sama
Apabila anda memulakan latihan kardio, bahan anda akan membakar lebih banyak kalori dan lebih banyak kemajuan dapat dilihat. Tetapi, jika anda tidak mencabar diri anda dengan latihan baru, rutin kardio hanya akan membantu untuk mengekalkan berat badan bukannya mengurangkannya. Gabungkan beberapa rutin kardio yang berbeza untuk melihat hasil yang memuaskan.

Tidak mencabar otot anda
Untuk mendapatkan keputusan yang baik daripada senaman anda, pastikan ia dilakukan dengan menggunakan beban otot pada tahap maksima. Latihan beban berselang menghasilkan keputusan maksimum dalam masa yang minimum.

Melakukan senaman yang tidak berkesan untuk jenis badan anda
Hanya kerana seorang wanita di sbalah anda sedang melakukan 'squat' tradisional , itu tidak menjadikan latihan itu sesuai untuk anda. Kesilapan paling biasa apabila wanita pergi ke gim dan melihat orang lain melakukan sesuatu latihan dan menirunya. Terdapat senaman dan berat yang sesuai untuk sesetengah jenis badan , umur, dan objektif keseluruhan. Oleh itu, dapatkan nasihat jurulatih untuk menjalankan rutin yang sesuai untuk anda.

Anda gagal untuk berusaha dengan secukupnya
Jika anda sedang santai membaca majalah pada masa lapang, kemungkinan anda membuang masa anda. Senaman anda haruslah tidak terlalu selesa dan juga tidak sakit. Oleh itu, anda haruslah memaksa diri anda sedikit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


No comments:

Post a Comment