Korea Selatan sebagai contoh, bukan sahaja cukup terkenal dengan artis idola pop mereka, malah negara itu juga cukup terkenal dengan senarai makanan yang enak dinikmati pada waktu tengah malam hingga ke awal pagi!
Mungkin anda juga boleh mencuba senarai makanan lewat malam ala Korea ini. Ia bukan sahaja kurang kolesterol, malah rasanya juga enak. Sekali-sekala perlulah ubah selera anda itu.
RAMYEON
Ramyeon adalah mee segera khas Korea Selatan dan sangat popular di kalangan masyarakatnya. Sama seperti masyarakat Malaysia yang menggemari mee segera jenama Maggi, ramyeon merupakan makanan wajib ada di setiap dapur orang Korea. Penyediannya mudah sahaja di mana setelah diletakkan air panas ke dalamnya, hanya perlu tambahkan telur, kimchi, keju atau daun bawang. Memang menyelerakan dimakan panas-panas!
TTEOKBOKKI & SUNDAE
Tteokbokki adalah snek ringan popular yang banyak dijual di gerai-gerai tepi jalan di Korea Selatan. Ia adalah sajian yang terdiri daripada potongan kek beras, daging, telur, dan juga taburan bijan. Tteokbokki mempunyai variasi rasa yang pelbagai seperti rasa pedas manis, daging lembu, dan pedas berapi. Snek ringan ini dimakan dengan tambahan sundae untuk menyeimbangkan rasa dan sebagai protein tambahan. Di Korea Selatan, sundae diperbuat daripada daging khinzir.
RABBEOKKI
Hidangan yang sama seperti tteokbokki dengan tambahan ramyeon di dalamnya.
BIBIMBAP
Bibimbap merupakan makanan tradisi yang terkenal di Korea Selatan. Bibimbap adalah sejenis hidangan yang terdiri daripada semangkuk nasi putih panas yang dilcampurkan di atasnya kimchi, sayuran jeruk masin dan pes lada hitam. Sebagai tambahan, boleh juga dicampurkan sekali telur mentah atau telur goreng dan kepingan daging lembu. Selepas itu, semua hidangan bibimbap itu dikacau sebati sebelum dimakan. Bibimbap boleh dihidangkan sama ada sejuk atau panas. Tetapi jika bibimbap yang di ambil sebagai hidangan tengah malam, ia lebih ringkas. Selalunya masyarakat Korea Selatan menyediakan bibimbap dengan mencampurkan apa sahaja jenis sayuran yang mereka temui di dalam peti sejuk ke dalam periuk nasi yang mengandungi lebihan nasi yang di masak. Mereka akan campurkan juga minyak wijen atau gochujang dan dikacau sebati. Mungkin anda yang pernah menonton drama Korea mengenali hidangan bibimbap ini bukan? Anda pasti pernah menonton babak drama di mana pelakonnya akan membuat sendiri bibimbap dan menikmatinya penuh selera sehingga anda sendiri menelan air liur melihatnya.
GUNGOGUMA
Gungoguma adalah sejenis makanan yang banyak dijual di gerai-gerai jalanan di Korea Selatan. Ia amat digemari untuk dimakan sebagai snek lewat malam terutama sekali ketika cuaca yang sejuk. Gungoguma merupakan sejenis kentang panggang yang manis dan sangat menyelerakan jika dinikmati panas-panas dalam cuaca malam yang dingin. Ia membantu menghangatkan lagi suhu badan.
HOPPANG
Sama seperti gungoguma, hoppang juga snek ringan yang sangat digemari dan banyak dijual di gerai-gerai jalanan. Ia memiliki isi yang pelbagai sebagai intinya. Inti hoppang terdiri daripada sayur-sayuran, kacang merah, daging, 'toping' pizza dan lain-lain. Kebanyakan peniaga hoppang gemar berniaga berdekatan stesyen keretapi bawah tanah
No comments:
Post a Comment