Apakah masa yang terbaik untuk anda bersenam? Memandangkan betapa sibuknya kehidupan zaman sekarang, ia adalah masuk akal untuk meluangkan beberapa minit untuk bersenam.
Di sini, kami berikan anda tip-tip yang boleh membantu anda mencari masa yang terbaik untuk jadual bersenam anda berdasarkan target yang ingin dicapai.
Jika anda mempunyai mesyuarat tegang yang telah dirancang. Bersenam sebelum itu. Tiga puluh minit senaman berintensiti sederhana boleh mengurangkan tindak balas fisiologi badan terhadap tekanan dengan meningkatkan neurotransmitter baik seperti dopamin. Selain itu, ia juga menggalakkan otak anda untuk mematikan tindak balas tekanan ini. Anda akan merasakan kesan kira-kira 15 minit selepas anda selesai bersenam.
Jika anda mempunyai masalah tidur. Bersenam dengan betul sebelum tidur. Anda mungkin pernah mendengar bahawa bersenam sebelum tidur menjadikan seseorang lebih sukar untuk tidur. Namun begitu, menurut satu kajian baru-baru ini, orang yang bersenam pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam akan mendapat tidur lebih nyenyak. Jika tidur anda tidak lena, aktiviti yoga yang ringkas adalah yang terbaik serta lebih selamat daripada pil tidur.
Jika anda mahu mengelakkan kecederaan. Lakukan senaman pada awal petang. Senang untuk kejang otot atau terseliuh buku lali? Tunggulah sehingga selepas kerja untuk bersenam. Pada awal pagi, suhu badan semula jadi anda adalah rendah, jadi anda mungkin terdedah kepada tekanan dan kecederaan jika bersenam pada waktu tersebut. Untuk mengelakkan kecederaan, bersenamlah dalam lingkungan masa 4 – 8 petang.
Jika anda mahu untuk mengurangkan berat. Bersenam sebelum sarapan pagi. Memaksimumkan potensi pembakaran kalori badan anda dengan pergi ke gimnasium pada waktu pagi. Orang yang berlari di atas 'treadmill' sebelum sarapan, pembakaran lemak berlaku kira-kira 20 peratus lebih banyak berbanding dengan orang yang bersarapan terlebih dahulu.
Jika anda mahu mengelakkan serangan alahan. Bersenam di waktu malam. Alahan biasanya disebabkan oleh debunga yang banyak ada pada waktu 4–10 pagi. Ini bermakna jika anda fikir bersenam pada waktu pagi di luar akan membekalkan anda tenaga, fikirkan semula sekiranya anda seorang yang mudah jatuh sakit. Ia akan membuatkan anda pening dan terdedah kepada gejala-gejala alahan sepanjang hari.
No comments:
Post a Comment