Thursday, 31 October 2013

10 Makanan Penyumbang Kalori Terbanyak


Kita semua tahu bahawa cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan membakarnya. Ini bermakna cuma ada dua cara sahaja untuk mencapai berat badan yang ideal samada makan dalam kuantiti sedikit atau bersenam.

Jika anda memilih untuk mengurangkan kalori, anda perlu mengetahui makanan apa yang tinggi kandungan kalorinya.

Makanan yang kami senaraikan di bawah merupakan penyumbang kalori terbesar. Kami nasihatkan anda supaya kurangkan pengambilan makanan ini ya.

Mi kari
Kombinasi antara mi dan kari bersantan memang menyelerakan, namun tahukah anda sebanyak 500 kalori terkandung dalam hidangan ini? Jika anda teringinkan hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan mi sup yang rendah kalori berbanding mi kari.

Susu pekat manis
Elakkan menggunakan susu penuh krim setiap hari. Walaupun ia penuh dengan khasiat kalsium, namun kandungan gulanya amat tinggi. Untuk maklumat, satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi kira-kira 60 kalori.

Burger
Burger semestinya makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu anda ketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandungi 475 kalori . Ini tidak termasuk keju, sos dan mayonis.

Nasi Goreng
Biasanya, nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya digoreng, bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi bukan selalu ya.

Mayonis
Pengambilan mayonis wajar di kurangkan. Ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika inginkan mayonis, sentiasa memilih mayonis rendah lemak.

Nasi lemak
Dahulu, nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Kini hidangan nombor satu Malaysia ini boleh di dapati pada waktu petang dan malam kerana telah banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak dalam nasi itu mampu menjuruskan anda kepada obesity jika makan dalam kadar berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandungi kira – kira 450 – 600 kalori.

Roti canai
Senang dan cepat. Untuk maklumat anda, satu keping roti canai mengandungi 300 kalori. Jika anda makan dua keping, jumlah berganda.

Aiskrim
Perlu ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kalori.

Donat
Jangan salah faham donat tidak menggemukkan. Donat mengandungi gula dan kabohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu keping memadai.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


No comments:

Post a Comment