Tuesday, 3 September 2013

Petua Kekal Lansing

Makan malam awal
Seeloknya, makan sebelum waktu 6 petang. Dengan cara ini, perut anda masih mempunyai masa untuk menghadamkan makanan. Perlu anda tahu bahawa, nasi memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk dihadam.

Tidur awal
Jangan biasakan diri anda untuk tidur lewat kerana asyik menonton televisyen. Ia mendorong anda untuk mengunyah tanpa henti. Cuba tidur awal sekitar jam 9 atau 10 malam. Pasti keinginan anda untuk makan hilang.

Ubah haluan snek kepada yang lebih sihat
Berhenti membeli kerepek kentang, ais krim, atau coklat. Penuhi peti ais anda dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan. Tekstur buah yang lembut senang dihadam oleh badan kita.

Memberus gigi
Memberus gigi selepas makan malam boleh mendorong sifat untuk tidak makan lagi, ini kerana selepas memberus, anda pasti tidak mahu mengotorkan gigi anda yang telah bersih.

Sibukkan diri
Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam, cuba sibukkan diri anda untuk mengelakkan diri anda turun ke dapur mencari sesuatu untuk mengunyah. Anda boleh mendengar muzik, menelefon atau chat bersama kawan bertanya khabar.

Motivasi diri anda
Tampal gambar atau petikan ayat yang anda suka di pintu bilik atau pintu peti ais untuk muhasabah diri anda. Gambar dan petikan ini boleh 'memotivasikan' diri anda supaya jangan makan secara berlebihan.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


No comments:

Post a Comment