Monday, 2 September 2013
Panduan Menjaga Kulit Muka
Panduan menjaga kulit kering
1) Jika kulit anda kering, elakkan mebersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. Gunakan tisu basah, atau pembersih khas solekan terlebih dahulu.
2) Bersihkan solekan di mata dengan berhati – hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati, ia akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.
3) Jangan menggunakan skrub wajah yang mempunyai biji. Penggunaan skrub berbiji akan menggalakan penglupasan kulit.
4) Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari.
5) Ambil supplemen yang sesuai jika masalah ini berlarutan.
Panduan menjaga kulit sensitif
Elakkan menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas kimia. Anda cuma perlu teliti dalam memilih produk.
1) Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk anda.
2) Jangan bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.
3) Pilih skrub yang mempunyai ekstrak tomato atau epal kerana ia mengurangkan iritasi pada kulit.
Panduan menjaga kulit berminyak
Bersihkan wajah anda sekurang – kurangnya dua kali seminggu.
1) Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah anda. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif.
2) Pilih supplemen yang mengandungi vitamin C organik.
Panduan menjaga kulit kombinasi
1) Jika anda ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada beberapa kawasan dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.
2) Elakkan membersihkan wajah dengan menngunakan produk yang berunsurkan krim kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.
Panduan menjaga kulit berjerawat
1) Jika anda mempunyai masalah ini, anda tidak disarankan untuk mencuci wajah secara kerap.
Elakkan tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih wajah berkali – kali dalam sehari.
2) Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
3) Elakkan memicit jerawat pada muka anda.
Hasil Nukilan Emiey Cadbury
Posted by
Emiey
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment