Berfikiran Negatif Sentiasa mengadu mengenai semua perkara. Itu tak kena, ini tak kena. Ada saja yang salah di mata. Ia bukan sahaja mempengaruhi keyakinan diri, malah mengganggu hubungan antara orang sekeliling terutamanya pasangan yang sentiasa ada di sisi. Berfikiran positif membolehkan anda fokus kepada perkara yang baik dan mengetepikan apa yang tidak penting.
Cemburu Diakui cemburu itu perlu ada, namun jika sudah berlebihan ia memberi kesan memudaratkan kepada perhubungan. Orang yang gembira hidupnya mensyukuri nikmat yang dia miliki dan tidak membandingkan kehidupan orang lain dengan diri sendiri.
Terlalu Sensitif Apabila pasangan memberi komen mengenai anda, cuba ambil sedikit masa dan berfikir. Jangan terlebih menganalisis kata-katanya. Beri dia kebebasan untuk berbicara. Dengar dan fahami. Jika pun anda tidak setuju akan kata-katanya, pastikan anda mempunyai alasan dan faham dengan apa yang ingin disampaikannya.
Pentingkan Diri Sendiri Sikap bantu membantu itu dapat meringankan beban orang lain. Justeru ia memberi peluang untuk anda berkongsi kegembiraan dengan mereka. Ketahuilah, mereka yang membuatkan orang lain gembira akan dikurniakan kegembiraan lebih daripada yang diberinya.
Menjauhi Masalah Semua manusia berdepan dengan masalah. Itu lumrah. Mereka yang tidak bahagia membiarkan masalah tergantung begitu sahaja. Mereka akan hidup dalam kebimbangan dan masalah menjadi semakin membebankan hari demi hari.
Membalas Dendam Sememangnya anda sakit hati dengan perbuatan orang lain yang berlaku kejam dalam hidup anda. Namun, orang yang bahagia tidak menyimpan dendam, malah membiarkan mereka dan hanya mampu berdoa agar Tuhan yang membalasnya.
Hidup Dalam Kenangan Silam Yang sudah berlalu, biarkan ia pergi. Mengapa perlu diungkit kisah lama yang boleh membangkit gaduh antara kalian? Fokus kepada masa depan. Masih banyak peluang yang menunggu untuk diterokai dan jadikan kenangan lalu itu sebagai pengajaran.
No comments:
Post a Comment