Berfikiran Negatif Sentiasa mengadu mengenai semua perkara. Itu tak kena, ini tak kena. Ada saja yang salah di mata. Ia bukan sahaja mempengaruhi keyakinan diri, malah mengganggu hubungan antara orang sekeliling terutamanya pasangan yang sentiasa ada di sisi. Berfikiran positif membolehkan anda fokus kepada perkara yang baik dan mengetepikan apa yang tidak penting.
Cemburu Diakui cemburu itu perlu ada, namun jika sudah berlebihan ia memberi kesan memudaratkan kepada perhubungan. Orang yang gembira hidupnya mensyukuri nikmat yang dia miliki dan tidak membandingkan kehidupan orang lain dengan diri sendiri.
Terlalu Sensitif Apabila pasangan memberi komen mengenai anda, cuba ambil sedikit masa dan berfikir. Jangan terlebih menganalisis kata-katanya. Beri dia kebebasan untuk berbicara. Dengar dan fahami. Jika pun anda tidak setuju akan kata-katanya, pastikan anda mempunyai alasan dan faham dengan apa yang ingin disampaikannya.
Pentingkan Diri Sendiri Sikap bantu membantu itu dapat meringankan beban orang lain. Justeru ia memberi peluang untuk anda berkongsi kegembiraan dengan mereka. Ketahuilah, mereka yang membuatkan orang lain gembira akan dikurniakan kegembiraan lebih daripada yang diberinya.
Menjauhi Masalah Semua manusia berdepan dengan masalah. Itu lumrah. Mereka yang tidak bahagia membiarkan masalah tergantung begitu sahaja. Mereka akan hidup dalam kebimbangan dan masalah menjadi semakin membebankan hari demi hari.
Membalas Dendam Sememangnya anda sakit hati dengan perbuatan orang lain yang berlaku kejam dalam hidup anda. Namun, orang yang bahagia tidak menyimpan dendam, malah membiarkan mereka dan hanya mampu berdoa agar Tuhan yang membalasnya.
Hidup Dalam Kenangan Silam Yang sudah berlalu, biarkan ia pergi. Mengapa perlu diungkit kisah lama yang boleh membangkit gaduh antara kalian? Fokus kepada masa depan. Masih banyak peluang yang menunggu untuk diterokai dan jadikan kenangan lalu itu sebagai pengajaran.
Wednesday, 7 May 2014
Tuesday, 6 May 2014
Ambil Hati Lelaki
Dalam perhubungan, bukan wanita saja yang ingin dengar kata-kata pujian atau sokongan. Kaum lelaki juga mahu dihargai dan perlukan kata-kata semangat untuk berasa diri mereka penting dan pasangan mengambil berat mengenai diri mereka.
EH! cadangkan beberapa ayat manis yang boleh anda ucapkan untuk buat si dia lebih sayang dan boleh jatuh cinta sekali lagi dengan anda!
“I hormat you” – mungkin agak kuno tetapi dengan ayat yang mudah itu dia akan rasa amat dihargai. Jika wanita mahu disayangi, lelaki pula mahu dihormati. Mereka mudah terasa jika merasakan mereka tidak dihormati dan cukup dengan berikan kata-kata itu boleh buat dia gembira.
“You kacak hari ni” – dia pasangan kamu jadi tidak salah kamu lemparkan sedikit pujian untuk ambil hatinya terutama apabila si dia bersusah payah gosok baju, menggaya rambut dan berwangi-wangian.
“Terima kasih” – dalam bahasa apa sekalipun, apa saja tindakan ringkas seperti tuangkan air jangan lupa berterima kasih. Cari beberapa lagi kebaikan yang si dia lakukan dalam sehari dan ambil peluang ucapkan terima kasih.
“Saya percayakan awak” – kunci perhubungan adalah komunikasi jadi dalam melalui suka duka bersama ucapkan ayat ini sebagai tanda anda mengharapkan perlindungan si dia dalam pelbagai situasi.
“Saya di sisi awak” – si dia juga perlu tahu anda bersedia untuk jadi individu yang dia boleh bersandar kala saat sukar.
“Saya mendengar” – cara lelaki berdepan dengan masalah tidak sama dengan wanita, jadi usah marakkan amarahnya sebaliknya pinjamkan telinga dan dengan apa yang ingin si dia luahkan.
“Sorry sayang” – tidak salah untuk ucapkan maaf dahulu daripada membiarkan situasi lebih teruk. Dia bukannya musuh dan anda harus mengalah jika sekadar bertekak nak makan luar di mana!
“I bangga dengan you” – tahap pencapaian penting bagi lelaki jadi mereka mahukan perakuan anda bahawa dia telah melakukan yang terbaik.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury
Monday, 5 May 2014
5 Perkara Lelaki Tidak Suka Tentang Wanita
Queen Control
Lelaki kurang gemarkan wanita yang kuat mengongkong dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin si dia nampak turut sahaja segala arahan kamu, berhati-hati kerana sampai satu tahap dia mungkin akan buat perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa dalam perhubungan.

Tidak Hormat orang Tua
Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau kamu bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika kamu bukan calon isteri pilihan si dia. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.

Gedik
Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang.

Kaki Kikis
Usah meminta-minta dengan si dia, biarkan si dia yang beri kamu hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble.

Main Kayu Tiga
Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan member peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya. Sekali kamu di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu.

Sunday, 4 May 2014
Cara Pujuk Lelaki Merajuk
Di dalam perhubungan, tidak semestinya wanita yang sering merajuk. Lelaki zaman sekarang jauh lebih sensitif dan cepat terasa dengan tidak tanduk pasangannya. Oleh itu, sebagai teman wanita yang bijak, anda harus tahu cara memujuknya.
Tahu Masa Yang Sesuai
Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus mahu memberikan penjelasan kepadanya. Bak kata pepatah, api jika bermain dengan api makin marak jadinya. Jangan terus-terusan menelefonnya kerana usaha ini akan hanya membuang masa anda. Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.
Buat Sesuatu Yang Menyenangkan
Kata orang, masakan wanita boleh melemahkan seseorang lelaki. Mungkin sebagai tanda maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari bersama nota maaf. Cuba hubunginya semula pada waktu malam, dia pasti sudah melupakan apa yang telah terjadi.
Tuliskan Penjelasan Anda
Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda setelah beberapa hari, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri dan letakkan pada cermin keretanya. Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda.
Jangan Terlalu Terdesak
Sekiranya sudah banyak usaha yang telah dilakukan tetapi si dia masih merajuk dengan anda, cuba mendiamkan diri. Sekiranya anda dilihat seperti terlalu terdesak, takut nanti pasangan anda akan lebih membuli anda dan mempermainkan perasaan anda. Setelah berusaha sedaya upaya untuk memujuknya, diamkan diri dan sekiranya si dia menyayangi anda, dia pasti rindu dan akan menghubungi anda.
Hasil Nukilan Emiey Cadbury
Saturday, 3 May 2014
Cara Membuatkan Lelaki Semakin Sayang
Pernahkah anda terfikir bagaimana pasangan kekasih boleh bersama bertahun-tahun dan perhubungan mereka masih lagi utuh sehingga kini? Anda puas mengambil hati si dia tetapi semakin lama pasangan seperti sudah bosan dengan anda, seperti sudah tidak ada rasa sayang lagi. Di sini kami ada cara untuk mengelakkan si dia merasa rimas dan semakin sayang kepada anda.
Biarkannya Sendiri
Kadangkala sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai masalah atau tertekan dengan sesuatu, apa yang dimahukan adalah tenangkan diri dengan bersendirian. Berikannya ruang untuknya dan jangan menekannya dengan lebih banyak soalan kerana ini akan lebih menyerabutkan fikirannya. Sekiranya dia mahu bercerita kepada anda, dia akan lakukannya setelah dia bersedia. Wanita yang faham dengan situasi pasangannya dan bertindak dengan wajar adalah wanita yang disenangi dan disayangi.
Belajar Mendengar
Satu sifat wanita yang memang tidak digemari lelaki adalah kuat membebel. Cuba belajar mendengar dan kurangkan bebelan anda. Lelaki jarang mahu berkongsi masalah mereka dengan sesiapa dan sekiranya dia tiba-tiba mahu berbicara secara serius, beri perhatian kepadanya. Komen anda tidak diperlukan mereka, objektifnya adalah untuk meluahkan beban di dada yang boleh membuatkan mereka merasa sedikit lega.
Biar Dia Membuat Keputusan
Lelaki terkenal dengan ego mereka dan sekiranya anda memberikannya peluang untuk membuat keputusan besar, dia akan merasakan dirinya penting di dalam perhubungan. Walaupun keputusannya memilih restoran untuk makan malam tidak menepati selera anda, hormat pilihannya walaupun anda terpaksa berpura-pura gembira pada malam itu. Percayalah, mereka akan merasa lebih dihargai sekiranya anda mendengar kata.
Tidak Perlu Ucap Cinta
Kadangkala, perkataan sahaja tidak cukup untuk menyatakan cinta. Tunjukkan rasa sayang anda kepadanya di hadapannya dan juga rakan-rakannya. Hantarkan pizza ke rumahnya sewaktu dia dan rakan-rakan sedang menonton perlawanan bola sepak. Sekali-sekala anda boleh menunjukkan rasa cemburu sekiranya dia terlalu baik dengan rakan wanitanya. Buat si dia rasa bangga dengan orang sekeliling kerana cara anda melayannya. Cara berlainan untuk menyatakan rasa cinta anda boleh menambahkan rasa sayangnya terhadap diri anda.
Hasil Nukilan Emiey Cadbury
Friday, 2 May 2014
7 Perkara Anda Perlu Rahsiakan Darinya
Anda tidak suka ditipu jadi tentunya juga tidak patut menipu. Umum dipercayai yang perhubungan yang jujur merupakan yang terbaik. Namun ada beberapa perkara yang perlu anda rahsiakan demi tidak menyinggung perasaan si dia dan menjaga keamanan dalam perhubungan.
1. Sebab Anda Putus Dengan Kekasih Terakhir
Dia tidak suka anda bercerita tentang kekasih yang lepas, walaupun jika ianya perkara buruk. Lelaki memang tidak suka pasangannya terlalu banyak bercerita tentang lelaki lain. Jadi tidak perlu beritahunya mengapa kamu putus dengan kekasih atau kekasih-kekasih terdahulu. Cukup dinyatakan yang anda tidak serasi dengannya.
2. Rasa Rendah Diri Kamu
Anda rasa miliki banyak kekurangan, namun jangan kongsikan segalanya dengan si dia. Selalunya rasa rendah diri itu cuma dirasa oleh kita seorang sahaja, pada orang lain tidak ada apa-apa yang kurangnya. Jika anda tidak henti-henti bercakap tentang kekurangan diri, ini akan merimaskan si pendengar. Mereka juga mungkin berpendapat anda cuba pancing pujian dengan berpura-pura bersedih tentang kekurangan diri.
3. Rasa Kagum Anda Pada Dia
Tidak salah memujinya sekali-sekala namun jangan terlampau pula. Ia mungkin dilihat sebagai usaha anda untuk membodeknya dan akan dikhuatiri terdapat udang di sebalik batu. Walaupun dia tahu pujian itu ikhlas, dia mungkin pula berfikir yang kamu sebenarnya tidak mempunyai pendirian sendiri dan mudah bersetuju dengan segala yang dilakukannya. Jangan hingga dia merasakan pendapat anda tidak penting pula!
4. Perangai Sebenar Kawan Baik Anda
Jika anda mahu si dia menghalang anda daripada berkawan dengan si kawan baik itu, cara paling mudah adalah dengan menceritakan segala-galanya yang berlaku dalam hidup kawan anda. Anda dan rakan mungkin sekadar berkongsi masalah masing-masing, namun para lelaki secara otomatik berfikir yang anda sedang “mengumpat” tentang rakan itu dan apa sahaja yang anda ceritakan akan dipandang negatif. Cerita tentang kawan yang terbeban dengan terlalu banyak tugasan di tempat kerja mungkin dilihatnya sebagai seorang pemalas. Cerita tentang pergaduhan kecil antara kawan anda dan pasangannya memberi gambaran yang dia suka bergaduh. Pandangan negatif ini mungkin kerana pasangan anda cemburu dengan kawan baik itu kerana dia orang yang paling rapat dengan anda selain teman lelaki atau suami. Kemudian, mereka akan cuba menghalang anda daripada meneruskan persahabatan atau terlalu rapat dengan alasan bimbang anda akan terikut-ikut perangai negatif ini.
5. Perangai Sebenar Anda
Bukannya mahu anda menyamar seolah-olah tiada kekurangan, namun seboleh-bolehnya rahsiakan perkara-perkara peribadi yang tidak perlu dia tahu, contohnya bila anda cukur bulu ketiak dan bulu kaki, sikap anda yang suka membandingkan saiz buah dada dengan wanita lain, perkara-perkara yang paling liat anda lakukan seperti tidak suka cuci pinggan sehingga sinki penuh atau tidak suka lipat kain baju, mahupun berapa lama anda bersolek atau suka menyendiri dalam kamar mandi. Biar dia tahu tentang perkara-perkara baik tentang diri kamu dahulu sebelum dia mengetahui sendiri ciri-ciri rahsia kamu suatu hari nanti.
6. Anda Tidak Suka Kawan-Kawannya
Sekumpulan lelaki yang rapat mempercayai rakan-rakan mereka hingga mati. Malahan kebanyakan mereka lebih cepat mempercayai rakan daripada isteri dalam hal-hal lain selain hal rumahtangga. Ini kerana selalunya pengalaman hidup yang dilalui bersama merupakan punca mereka rapat berkawan, jadi pada mereka rakan-rakan mencerminkan diri mereka sendiri, dan tentunya sifat-sifat yang jelas kelihatan hanya yang baik-baik belaka. Jika anda cuba menegur apa-apa sikap buruk kawan mereka, tidak mustahil anda pula yang akan dicop sebagai seseorang yang suka mencari kesalahan orang lain walaupun sekecil zarah.
7. Anda Tidak Suka Hadiah Pemberiannya
Nasihat ini bukan sahaja untuk pemberian si dia, malah bagi sesiapa sahaja yang berikan anda hadiah. Buruk perangai betul apabila seseorang telah bersusah-payah memikirkan apa hadiah yang paling sesuai untuk anda dan membelanjkan sejumlah duit untuk membelinya, kemudian anda dengan mudah mencemuhnya. Cuba fikirkan perasaan pembeli, lebih-lebih lagi jika anda tahu mereka sebenarnya tidak berkemampuan untuk beli barang yang mahal-mahal namun diusahakannya juga demi diri anda.

Thursday, 1 May 2014
Expert Tips On How To Look Slimmer In Selfies
The selfie is so popular that it was recently recognized as a legit word (you can now find it in the Oxford dictionary), many accessories have been marketed for selfie addicts (monopod, anyone?), and psychologists are studying obsessive selfie-takers, believing that those who are way too addicted to selfies may have an underlying mental health problem.
When it comes to taking selfies, it's not just about the app or the filter (although the "beauty" filter in Line Camera makes you look like a K-Pop star!), but also in the way you pose and present yourself. This was illustrated perfectly by a Korean YouTuber who posted a brief before and after video to show how important camera angles are.
We asked photographers and fashion and beauty experts on how you can take a slimming selfie (slimfie?) just in time for your summer adventures.
Get high
All the experts agree unanimously when they advise selfie-takers to aim high. "Point the camera downward when taking a selfie rather than eye level," says fashion and bridal photographer Pat Dy. According to Pat, taking a selfie with the camera pointing downward creates a higher angle, thus showing less neck and chin, streamlining the face and creating the illusion of cheekbones.
Lens matters
Another trick photographers share for women wanting to look slimmer in photos is not to take a photo using a camera with a wide angle lens. Wide angle lenses are usually the flat ones you see with focal ranges of 18-28 mm. While wide angle lenses are perfect for capturing a sunset or the wonderful scenery you're looking at while traveling, wide angle lenses also create distortion, making you look bigger when the lens hits you wrong. A trick to look slimmer in group photos is to avoid staying at the very edge and the dead center of the group photo when you know a wide angle lens will be used.
Body angle
Some wide lenses have a bit of distortion around the edges as well as a "fisheye" effect in the center, and the distortion from this can make you look swollen. Turn your body away from the camera, instead of facing it full frontal. Former Mega magazine beauty editor Kim Reyes-Palanca shares this invaluable tip to look slimmer overall when taking a full-body shot: "Twist torso or body and keep one leg in front; keep arms slightly away from your body so arms will look thinner."
Stay on your good side
We're always told to stay on the good side of people, and when it comes to taking a selfie, it's also good advice to stay on your good side. Adds Kim, "If the camera is eye level, tilt your chin slightly downward and turn to face the side a bit," she shares. Kim also explains how an elongated neck can help yield a great photo. "Always pull your face forward just a bit (a common trick they do for beauty shoots) because this elongates the neck and looks better in photos overall." If you're already tilting the camera to take a photo from up high, Kim recommends doing the opposite of tilting your chin down and tilt the chin up instead.
Flatter yourself
When it comes to showing off your outfit of the day, fashion blogger and photographer Tricia Gosingtian shares the easiest way to nail that outfit selfie. "Planting one foot in front of the other guarantees a longer, slimmer silhouette if you're taking a full-body photo," shares Tricia. She adds, "Wear black from top to bottom and take photos from above; although this is tricky because you will look shorter, while taking a photo from below will make you look taller but heavier." Last but not least, she advises women to add a great pair of heels to the outfit. "This will give you better posture, adds height, and it will make your legs look great!"

Subscribe to:
Posts (Atom)