Monday, 24 February 2014

Hati Bengkak


BENGKAK HATI


1.      PENGENALAN HATI
Hati merupakan organ terbesar dalam tubuh badan manusia. Ia terletak di bawah rusuk kanan dan mempunyai berjuta-juta sel akan menjalankan beratus-ratus fungsi untuk tubuh badan manusia. Malah sukar untuk memisahkan sebarang aspek tubuh yang tidak bergantung dengan HATI.
Antara fungsi-fungsi hati ialah:
Fungsi hati
  • Menghasilkan protein
  • Menstabilkan gula dalam darah
  • Menghadamkan lemak dan mengeluarkan cairan hempedu
  • Menyingkirkan pelbagai bahan toksik dalam tubuh seperti bahan kimia,
alkohol, dadah dan ubat-ubatan
  • Menghasilkan bahan pembekuan untuk menghentikan pendarahan
  • Menghasilkan antibodi untuk menentang virus atau bakteria
HATI boleh mengalami kerosakan atau pembengkakan akibat daripada?
  • Jangkitan virus (seperti jangkitan virus hepatitis A, B, C, D, E dan G, virus denggi dan HIV)
  • Dadah
  • Alkohol
  • Bahan kimia, toksik dan ubat-ubatan
Bengkak hati perlu dirawat kerana jika dibiarkan ia akan mendedahkan pesakit kepada sirosis hati dan seterusnya kanser hati.
Pada peringkat bengkak hati biasanya, pesakit akan mengalami simptom-simptom awal seperti:
  • Demam yang berterusan
  • Letih yang melampau
  • Loya dan mual
  • Hilang selera makan
  • Sakit sendi
  • Penurunan berat badan secara mendadak
  • Jaundis (kuning)
Apabila sudah sampai ke peringkat sirosis hati, pesakit akan mengalami simptom-simptom kronik seperti:
  • Busung
  • Bengkak kaki
  • Muntah berdarah dan najis berdarah
  • Koma
2.      BAGAIMANA TONIK HATI INI DAPAT MEMBANTU MERAWAT BENGKAK HATI?
Tonik hati ini dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah hati, samada hati membengkak, hati berlemak, hati sirosis dan boleh juga digunakan oleh pesakit yang mungkin dijangkiti virus Hepatitis. Ia dirumus khas daripada herba-herba yang selamat digunakan oleh pesakit hati dan penggunaannya tidak akan memberi kesan negatif kepada hati mahupun organ lain kerana kami memantau pesakit hati melalui ujian fungsi hati. Jika ubat ini memberi kesan negatif kepada hati sudah tentulah bacaan enzim hati tidak akan turun ke paras yang normal.
 Antara fungsi tonik hati ialah:
  • Membantu merawat sel-sel hati yang rosak akibat daripada serangan virus Hepatitis, dadah, alkohol, bahan kimia dan sebagainya
  • Membantu untuk membina semula sel-sel hati yang baru dan membantu untuk mengecutkan sel-sel hati yang bengkak
  • Membantu untuk menghidupkan antibodi
  • Membantu melemah dan membasmi virus menjadi punca utama kepada penyakit Hepatitis
  • Membantu menormalkan kembali bacaan enzim hati
  • Membantu menghilangkan simptom
  • Membantu mencuci darah daripada pelbagai bahan kimia, toksik dan bahan-bahan berat yang lain
3.       BAGAIMANA UNTUK MELIHAT KESAN PERUBAHAN SELEPAS MENGGUNAKAN TONIK HATI?
Dari sudut luaran pesakit yang mengalami bengkak hati akan melihat perubahan pada simptom yang dialaminya. Bagi pesakit yang mengalami jaundis ianya kemungkinan akan berkurangan sekurang-kurang 1 minggu selepas menggunakan tonik hati. Walaubagaimanapun, jangkamasa kesan pemulihan ini bergantung kepada sistem badan pesakit, kerana darah kita berbeza jenisnya dan bergantung kepada keterukan penyakit hati yang dialaminya. Biasanya proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya semata-mata simptom.
Dari sudut klinikal, pesakit boleh melihat kesan tonik hati melalui ujian darah (UJIAN FUNGSI DARAH) lihat pada bacaan enzim hati (ALT, AST, GGT, ALBUMIN, GLOBULIN, BILIRUBIN dan sebagainya). Jika salah satu atau keseluruhan bacaan tersebut menunjukkan penurunan daripada sebelumnya, itu menunjukkan bahawa keadaan hati pesakit semakin pulih. Biasanya pesakit disyorkan membuat ujian ini selepas 3 bulan menggunakan tonik hati. Ini kerana proses rawatan ubat herba mengambil masa yang agak lama kerana ia merawat punca utama kepada sesuatu simptom. Bukannya merawat simptom semata-mata.
Terdapat juga, pesakit yang tidak mengalami sebarang perubahan fizikal dalam tempoh 3 bulan pertama, tetapi setelah menjalani ujian fungsi hati, berlaku penurunan pada bacaan enzim hati.
Pesakit mestilah memastikan simptom fizikal dan enzim hati berada di paras yang normal sebelum menghentikan penggunaan tonik hati.  Sekiranya telah sembuh dos yang berbeza berbanding sebelumnya atau boleh mengamalkan HBs_2 sebagai suplimen bergantung kepada kemampuan pesakit.
4.      PANTANG MAKAN PESAKIT
  • Kurangkan pengambilan air samada dalam bentuk minuman atau makanan seperti sup atau bubur dan buah-buahan yang mempunyai banyak kandungan air seperti tembikai
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Elakkan makanan laut yang bercengkerang
  • Elakkan makanan yang berkolestrol tinggi dan makanan berlemak
  • Elakkan makanan segera
  • Elakkan pengambilan susu cair
5.      APAKAH KESAN SAMPINGAN?
Keletihan, mengantuk, pedih pada bahagian ulu hati, muntah (lebihan asid yang masuk ke saluran makanan akan dikeluarkan), rasa seperti demam. Walaubagaimanapun, sesetengah pesakit tidak mengalami kesan sampingan ini bergantung kepada kondisi badan pesakit.


Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Sunday, 23 February 2014

Makanan yang bantu rawat masalah kesihatan

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang boleh membantu dapat merawat masalah kesihatan anda ketika anda demam atau selsema? Jika tidak tahu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa jenis makanan yang mampu membuatkan anda sembuh dengan cepat.

Beri biru
Beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

Sayur-sayuran hijau
Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Madu
Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

Bawang putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

Kunyit
Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

Halia
Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

Ikan
Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

Anise seeds
Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Saturday, 22 February 2014

Tips perut rata untuk lelaki

Ramai lelaki yang kini runsing mengenangkan perut sedang naik mendadak. Walaupun berbadan kurus namun perut yang naik membuatkan anda kurang selesa dan tidak yakin.

Malah, ada juga yang menggunakan taktik menarik nafas ketika bergambar supaya nampak kurus, namun sampai bila anda boleh bertahan dengan wajah lucu menahan nafas tanpa anda sedari.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk mendapatkan perut yang rata yang boleh dijadikan panduan.

Variasikan senaman
Senaman yang pelbagai memang sangat baik untuk minda dan tubuh badan. Menurut pakar diabetes, pengajar kecergasan dan juga pemilik studio kecergasan dan nutrisi iaitu Jim White, tubuh badan akan terbiasa dengan senaman sama yang dibuat berkali-kali. Untuk meningkatkan lebih stamina, lakukan pelbagai jenis senaman seperti mencampuradukkan latihan kardio seperti berlari, beryoga dan melakukan seni pertahankan diri.

Lakukan senaman kardio
Ramai yang beranggapan, senaman kardio perlu ada 'treadmill' di rumah dan perlu ke gim. Sebenarnya, senaman kardio boleh berlaku ketika anda sedang menaiki tangga dan berjalan kaki. Walaupun senaman kardio kelihatan santai tetapi ia mampu membakar banyak kalori dan menjadikan kadar denyutan jantung lebih sihat.

Kira saiz hidangan
Bagaimana untuk mengira saiz hidangan? Anda boleh mengira saiz hidangan yang diambil dengan merujuk maklumat pada label nutrisi. Jika anda makan di luar, tinggalkan separuh dari hidangan ke dalam peti ais untuk dinikmati pada keesokan hari. Untuk memudahkan anda, anda boleh mengira saiz hidangan makanan dengan merujuk laman sesawang http://stats.areppim.com/calc/calc_serving.php.

Baca senarai nutrisi pada label
Membaca label pada makanan yang anda beli adalah tindakan penting untuk menikmati pemakanan seimbang yang diambil selain mengelak makan makanan yang tidak baik. Elak membeli makanan yang mempunyai lemak tran dan hadkan kandungan gula. Pilih makanan yang mempunyai serat tinggi lebih dari 3 gram setiap hidangan. Ingatlah bahawa lebih banyak makanan segar yang anda ambil di dalam diet anda, lebih mudah untuk mendapatkan nutrisi yang cukup dan seimbang.

Masak makanan yang ringkas
Memasak makanan sendiri tentunya lebih sihat kerana anda boleh mencuba untuk memasak dengan kaedah bakar, gril, kukus atau sauté berbanding makanan bergoreng. Pastikan anda masak menggunakan minyak yang sihat seperti minyak zaitun atau minyak jagung berbanding minyak kelapa sawit atau marjerin. Untuk perisa, elak mengambil garam sebaliknya gantikan dengan herba.

Banyakkan memakan sayur dan buah
Anda tidak perlu risau jika memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kadar yang banyak. Sebaliknya, ia memberi anda kesihatan di tahap optimum kerana ia membantu mengekalkan berat badan ideal anda. Sesekali mengambil batang seleri dan cicah bersama mentega kacang atau meratah lobak merah pasti membuatkan anda cukup berselera. Jangan lupa masukkan tomato ke dalam sandwich. Buahan campur yang dihiris dan digaul bersama yogurt di dalam mangkuk boleh dijadikan snek sihat sepanjang masa.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Friday, 21 February 2014

Cara Mengobati Hati Bengkak


Solusi Yang Paling Ampuh Cara Mengobati Hati Bengkak Dengan Jelly Gamat Gold-G Yang Terbukti Aman Tanpa Efek Samping Karena Diolah Secara Alami.

Sekilas Mengenai Penyakit Hati Bengkak

Cara Mengobati Hati BengkakFungsi hati oleh membersihkan tubuh dari racun obat dan racun dan metabolisme gizi untuk digunakan. Ketika hati rusak dalam jangka pendek atau panjang infeksi atau penyebab lain ada mungkin penyakit hati.

Hati Bengkak (Fatty liver) adalah gejala awal yang dapat menimbulkan masalah pada organ hati dan gangguan fungsi hati. Fatty liver merupakan pembengkakan hati yang disebabkan oleh adanya penimbunan lemak (Lipid) yang berlebihan di dalam sel-sel hati. Jika hati mengalami pembengkakan maka hati atau liver menjadi tidak berfungsi. Kemudian akan timbul gejala-gejala dari penyakit hati atau liver yang disebabkan oleh berbagai faktor penyebab.

Penyebab Penyakit Hati Bengkak
Seseorang yang memiliki bobot tubuh yang berlebihan / kegemukan ( obesitas ).
Menderita kencing manis (diabetes).
Efek samping dari konsumsi minuman beralkohol dan bersoda.
Efek samping dari obat-obatan kimia, seperti kortikosteroid, tetrasiklin, asam valproat, metotreksat, karbon tetraklorid, fosfor kuning.
Seseorang yang kekurangan gizi atau akibat dari diet rendah protein.
Akibat berlebihan mengkonsumsi vitamin A sehingga mengakibatkan tubuh mengalami keracunan vitamin A.
Pasca operasi pada usus kecil yang sudah lama kemudian timbul kembali reaksi yang berlebihan pada usus kecil dan mengganggu fungsi hati.
Fibrosis kistik (bersamaan dengan kurang gizi).
Kelainan bawaan pada metabolisme glikogen, galaktose, tirosin atau homosistin.
Kekurangan rantai-medium arildehidrogenase.
Kekurangan kolesterol esterase.
Penyakit penumpukan asam fitanik (penyakit Refsum).
Abetalipoproteinemia.
Sindroma Reye.
Terlalu banyak mengkonsumsi makanan yang mengandung lemak jenuh, seperti: makanan yang menggunakan banyak santan, makanan pedas, gorengan dan makanan atau minuman yang banyak menggunakan bahan pengawet makanan.

Pada fatty liver atau pembengkakan hati atau liver tidak menimbulkan gejala yang signifikan atau terlihat dan dirasakan secara pasti, namun apabila seseorang tidak mampu mengendalikan diri terhadap asupan makanan yang mengandung resiko tinggi terhadap gangguan fungsi hati, maka lambat laun seseorang yang teridentifikasi penyakit liver akan menunjukkan gejala yang dapat dilihat, seperti perubahan pada warna selaput mata yang putih menjadi kuning, perubahan pada warna urine menjadi kuning atu kecokelatan, sering mengalami nyeri terutama pada perut bagian atas, sering merasa mual ingin muntah, timbul bau mulut dan bau badan yang tidak sedap.

Gejala Penyakit Hati Bengkak

Perubahan warna pada selaput mata menjadi kuning
Warna air seni menjadi kekuning kuningan atau kecoklatan
Sering merasa mual dan muntah
Sering merasa nyeri pada perut bagian atas
Timbul bau mulut dan badan yang berlebihan, dan lain lain.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Sunday, 2 February 2014

Khasiat Daun Inai

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab 'Hina' yang bermaksud ubat.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.

Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan.

Malah, penyakit-penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis atau lebih dikenali sebagai sakit kuning yang selalu dihadapi oleh bayi-bayi yang baru lahir dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Saturday, 1 February 2014

Pemakanan mengikut jenis darah

Patutkah anda mengikuti diet tertentu dan senaman berdasarkan jenis darah anda? Itulah apa yang telah dicadangkan oleh Dr. D'Adamo di dalam bukunya yang bertajuk 'Eat Right for Your Blood Type'. Dr. D'Adamo adalah seorang doktor 'naturopathic' yang merasakan bahawa jenis darah boleh menentukan penyakit dan penyakit-penyakit yang mungkin akan dihidapi oleh badan anda. Ia adalah satu pendekatan yang menarik, namun belum ada kajian lagi dijalankan, dan tidak ada kajian yang menunjukkan jenis darah boleh menjadi peramal untuk perkembangan sesuatu penyakit.

Walaubagaimanapun, jika anda tertarik dengan idea berdiet mengikut jenis darah, anda boleh teruskan membaca.

Apa yang menentukan kuantiti?
Wanita akan makan dalam kuantiti jumlah yang rendah setiap hari. Menurut Dr. D'Adamo, pengiraan ini adalah berdasarkan etnik. Dalam jenis darah, anda perlu mengubah pengambilan kumpulan makanan tertentu mengikut kumpulan etnik anda seperti Asia, Caucasian atau Afrika-Amerika.

Kumpulan makanan dan jenis darah

Jenis O 
dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan daging tanpa lemak, ayam , ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan tenusu serta senaman dengan bersungguh-sungguh.

Jenis A 
perlu mengamalkan makan makanan soya, bijirin, sayur-sayuran organik dan melakukan senaman yang lebih lembut.

Jenis B 
perlu makan makanan tenusu, daging, hasil keluaran , jagung atau gandum dan melakukan senaman yang sederhana serta dinasihatkan tidak mengambil terlalu banyak kekacang.

Jenis AB 
harus makan makanan laut, tauhu, susu, ayam, daging lembu dan melakukan senaman yang menenangkan.

Faedah mengamalkan pemakanan mengikut jenis darah
Dr. D'Adamo menyarankan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan makan protein yang mencukupi dengan mengambil daging tanpa lemak, ayam, makanan soya, makanan laut dan susu rendah lemak. Beliau juga mengesyorkan untuk memakan lemak setiap hari, dan menghadkan gula dan alkohol

Hasil Nukilan Emiey Cadbury