Wednesday 31 July 2013

Petua Nenek Moyang

Tidak memicit jerawat
Jerawat memang boleh mencacatkan penampilan anda. Malah, jerawat juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Namun, jangan sesekali memicit jerawat menggunakan kuku kerana khuatir kuku boleh merosakkan kulit wajah sehingga meninggalkan parut. Pastikan tangan dibasuh dengan bersih atau gunakan sarung tangan jika ingin memicit jerawat.

Jangan guna sabun mandi
Sabun mandi hanya sesuai untuk kulit badan dan bukannya kulit wajah. Sabun mandi bertekstur kering dan jika anda menggunakannya untuk membersihkan wajah, kulit muka anda pasti akan kekeringan.

Jangan guna tuala untuk keringkan rambut
Jangan menggosok rambut dengan tuala dengan tujuan mengeringkan rambut kerana rambut akan mudah putus dan kusut. Apa yang perlu anda lakukan ialah memerah rambut dan membalut dengan tuala. Biarkan rambut anda kering secara semulajadi.

Elak sikat rambut basah
Menyikat rambut ketika basah boleh menyebabkan kekusutan rambut dan mudah putus.

Cuci muka sebelum tidur
Tidur dengan mekap boleh menyebabkan pori-pori muka tersumbat dan kulit tidak boleh bernafas sehingga boleh menimbulkan masalah jerawat. Sebaik-baiknya, cucilah muka anda sebelum tidur untuk mendapatkan kulit bebas masalah.

Jangan mandi air panas
Untuk kulit yang kering, elakkan mandi air panas atau menggunakan mandian haruman.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


No comments:

Post a Comment