Saturday 5 April 2014

kesalahan ketika bersolek

Pernahkan anda berasa tidak kena atau kelihatan tidak cantik walaupun sudah bersolek? Puas mengikut tunjuk ajar orang, namun masih juga tidak ada yang kena. Kening jadi tebal, bedak nampak berbelak, gincu comot, dan ada sahaja yang nampak tidak cantik. Sedangkan bila melihat teman yang lain mengenakannya, mereka nampak cantik.

Ini kerana wanita ada yang sesuai bersolek tebal, da nada pula yang lebih sesuai dengan solekan tips. Anda harus bijak dalam bersolek agar tampak lebih cantik pada anda.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan yang anda lakukan ketika bersolek untuk panduan anda.

Bedak asas
Sebelum memilih bedak asas, anda harus tahu tona kulit anda. Walaupun anda cerah, ada masanya bedak asas berwarna cerah tidak sesuai dengan anda.

Begitu juga bagi anda yang mempunyai kulit hitam manis, belum tentu bedak asas warna gelap 'masuk' dengan warna kulit muka anda. Ketika mahu membeli bedak asas, dapatkan pandangan dari jurujual yang ada.

Mereka boleh mencadangkan warna yang paling sesuai dengan rona kulit anda. Walaupun begitu, jika anda bersendirian ketika membeli bedak asas, anda boleh mengambil sedikit bedak asas tesebut dan sapukan pada rahang pipi anda.

Biasanya rahang mempunyai tona yang sama seperti kulit muka. Jika ia seolah-olah meresap ke dalam kulit wajah anda, maka bedak asas tersebut sesuai.

Untuk mendapatkan sapuan bedak asas yang rata, gunakan span khas. Penggunaan berus juga boleh, tetapi lebih sesuai buat anda yang sudah biasa.

Bedak padat
Sama seperti bedak asas, pemilihan bedak padat juga sama penting. Pemilihannya sama sahaja seperti ketika anda membeli bedak asas. Warna yang paling sesuai untuk kulit adalah satu tona gelap daripada kulit anda, terutamanya buat anda yang mempunyai kulit gelap.

Tersalah beli, sapuan bedak akan tampak berbelak dan berwarna kelabu. Mempunyai kulit cerah juga memerlukan anda untuk memilih bedak padat yang sesuai supaya tidaklah solekan anda terlalu pucat.

Jika anda memiliki kulit cerah, penggunaan BB Cream adalah lebih digalakkan, kemudian baharulah sapukan bedak pada wajah. Penggunaan bedak debu sebagai asas solekan juga tidak menjadi masalah, tetapi sapuannya lebih cantik sekiranya menggunakan berus kabuki.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Wednesday 2 April 2014

Rawatan bawah mata dan kedutan!

Dari mata, turun ke hati. Percayakah anda dengan kata-kata itu? Ya, mata adalah salah satu bahagian pada wajah yang sentiasa menjadi tarikan sesiapa sahaja yang melihatnya.

Disebabkan itu, penjagaan bahagian mata harus diutamakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai lingkaran hitam di bawah mata.

Masalah lingkaran hitam di bawah mata ini adalah satu perkara biasa buat semua orang dan ia disebabkan oleh beberapa perkara iaitu tekanan gaya hidup, kekurangan tidur, diet tidak seimbang, pengambilan alkohol, merokok, masalah haid, penuaan dan sebagainya.

Berikut adalah beberapa tips menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur rumah anda. Ianya senang dan jimat, tetapi pastikan anda berhati-hati apabila meletakkan apa sahaja di bahagian mata kerana kulit sekelilingnya sangat sensitif.

1. Lakukan urutan dengan minyak badam selama 15 minit sebelum tidur. Ia membantu menghilangkan lingkaran hitam bawah mata serta mengurangkan masalah kedutan.

2. Timun adalah antara bahan yang biasa digunakan bagi merawat masalah di bahagian mata. Ambil dua hiris timun dan letakkan di atas mata yang tertutup selama 20 minit. Anda boleh menggunakan hirisan kentang juga.

3. Kisarkan timun dan kentang, kemudian ramas sehingga jusnya keluar. Campurkan kedua-duanya dan rendamkan kapas dalam jus tersebut, kemudian letakkan kapas tersebut di atas mata tertutup. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Amalkan selalu untuk melihat keberkesanannya selepas beberapa hari.

4. Sapukan jus pudina di bahagian bawah mata kerana ia mampu menyejukkan mata anda serta membantu menghilangkan lingkaran hitam tersebut.

5. Bagi mendapatkan mata bebas kedutan, letakkan sedikit madu di bawah mata, kemudian basuh dengan menggunakan air sejuk. Pastikan anda tidak menggosoknya dengan kasar.

Selain daripada tips-tips di atas, anda juga boleh mengamalkan beberapa tips mudah seperti di bawah:

1. Minum air sebanyak lapan hingga 10 gelas setiap hari.
2. Mendapatkan tidur yang cukup iaitu selama lapan jam.
3. Menambah pengambilan sayuran hijau, salad dan buah-buahan dalam diet harian.
4. Lakukan senaman setiap hari agar bebas dari tekanan.
5. Lakukan senaman wajah bila-bila masa sahaja.
6. Elakkan makan makanan segera atau terlalu masin.
7. Elakkan pengambilan alkohol berlebihan dan merokok.
8. Pakai cermin mata apabila anda keluar.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Tuesday 1 April 2014

Tarikh Kelahiran

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang
mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati- hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk
dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury