Thursday 31 January 2013

5 Mitos Diet

Tahukah anda bahawa strategi diet anda berkemungkinan tidak akan berhasil sama sekali? Di sini, kami menyenaraikan 5 mitos diet yang sebenarnya menghalang anda daripada mencapai berat badan yang anda inginkan.

Mitos diet #1: Soda diet bantu kurangkan berat
Kebanyakan soda diet mempunyai kalori yang rendah berbanding soda biasa kerana mereka tidak menggunakan gula seperti biasa. Masalahnya, ianya pemanis tiruan, yang mana telah dikaitkan dengan kenaikan berat badan. Mengapakah?

Kajian menunjukkan bahawa pemanis tiruan merangsang deria rasa yang merasa kemanisannya dalam kerongkong dan perut. Untuk menghasilkan tenaga, pankreas perlu mengeluarkan insulin, satu hormon yang penting untuk mengumpul lemak badan. Pada masa yang sama, bahan kimia yang dihantar ke otak untuk isyarat kekenyangan menjadi keliru sama ada badan anda sebenarnya menerima kalori atau tidak. Oleh sebab badan anda 'ditipu' dengan pengganti gula, anda akan mengidam lebih banyak makanan dan terdedah lebih mudah untuk makan berlebihan supaya kenyang. Hasilnya? Anda akan berasa lapar dan kurang kenyang, sekaligus menyebabkan pertambahan berat badan.

Sebenarnya, pemanis tiruan 100 kali lebih manis daripada gula semula jadi dan ini sangat membimbangkan kerana makanan semula jadi manis seperti buah-buahan, tidak kelihatan manis untuk lelangit yang peka. Oleh itu, pilihlah alternatif yang lebih sihat, seperti segelas air lemon atau limau.

Mitos diet #2: Lebih banyak kalori anda kurangkan, lebih banyak berat anda hilang
Kekurangan terlalu banyak kalori daripada diet anda boleh membawa kesan buruk pada pinggang anda. Ini kerana 3500 kalori bersamaan dengan kira-kira 1 paun lemak, jadi anda memerlukan untuk mengurangkan 3500 kalori melalui diet anda setiap minggu untuk kehilangan 1 paun seminggu. Oleh sebab itu, anda perlu kurangkan 500 kalori sehari untuk kehilangan 1 paun seminggu.

Bagaimanapun, menyekat badan daripada makan untuk berdiet akan mendedahkan badan anda ke dalam 'mod kebuluran', yang mana mencegah badan anda daripada membakar lemak yang tidak diingini. Mekanisme ini akan membuatkan badan mengambil beberapa kalori daripada lemak otot untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Lantas ini akan menyebabkan kehilangan otot yang mana akan memerlahankan kadar metabolik sekaligus menghentikan penurunan berat badan.

Mitos diet #3: Pasta menjadikan anda gemuk
Ianya bukan salah pasta menjadikan anda gemuk tetapi jumlah pasta yang anda ambil. Jika anda makan apa sahaja makanan terlalu banyak, dan tidak melakukan senaman untuk membakarnya, badan anda akan menyimpannya sebagai lemak. Jadi, sama ada roti atau pasta atau nasi, ianya sebenarnya tentang jumlah dan kalori tambahan yang anda ambil, bukannya karbohidrat. Kawal pengambilan makanan anda, itu kunci paling utama untuk medapatkan berat badan ideal.

Mitos diet #4: Makan jam 8 malam akan menaikkan berat anda
Terdapat beberapa fakta yang betul tentang mitos ini. Pakar mencadangkan supaya tidak makan selepas pukul 8 malam kerana kajian menunjukkan bahawa anda akan lebih cenderung untuk makan terlalu banyak dan mengambil banyak kalori apabila anda makan lewat malam. Mungkin keletihan akan menyebabkan menyebabkan anda makan terlalu banyak makanan yang salah lantas menambahkan berat badan.

Walau bagaimanapun, ia bukan masa pengambilan makanan yang membuatkan berat anda naik, tetapi kalori tambahan! Jika anda melebihi pengambilan kalori yang disyorkan untuk sehari, baki kalori yang tidak dibakar di dalam badan akan disimpan sebagai lemak. Oleh sebab itu, sentiasa berhati-hati dengan pengambilan kalori anda sepanjang hari. Pakar juga mengesyorkan untuk seorang wanita yang sihat, dia perlu mengambil antara 1800-2000 kalori sehari.

Mitos diet #5: Mengurangkan makanan berlemak adalah satu alternatif yang sihat
Lemak ialah salah satu perkara yang membuatkan makanan rasa lebih enak. Apabila lemak dikeluarkan daripada makanan, terdapat banyak perisa turut dikeluarkan. Justeru itu, perasa tambahan seperti gula, bahan kimia dan 'thickeners' sering ditambah untuk meningkatkan rasa dan tekstur makanan. Namun, perasa tambahan ini lebih buruk untuk anda dan kadang-kadang hanya sebagai menggemukkan sebagai makanan penuh lemak. Kesimpulannya, anda disarankan untuk memilih makanan yang segar atau anda juga boleh membeli makanan yang mempunyai lemak tetapi ambilnya secara sederhana.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Sunday 27 January 2013

Kek Lapis Coklet


Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Thursday 24 January 2013

Kek Lapis Asam Manis


Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Wednesday 23 January 2013

Tips fesyen untuk wanita yang rendah

Memiliki saiz badan yang kurang tinggi atau pendek biasanya menjadi halangan kepada seseorang wanita itu untuk mengaya sesuatu fesyen dan mengekspresikan fesyen tersebut dan ada sesetengahnya yang menggangap untuk kelihatan tinggi haruslah menggunakan kasut bertumit tinggi.

Namun kini anda tidak perlu lagi menyusahkan diri anda memakai kasut bertumit tinggi hanya kerana mahu tampak tinggi kerana di sini kami ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana untuk kelihatan tinggi melalui pemakaian anda yang mana pasti ianya akan dapat meningkatkan lagi keyakinan diri anda dan percayalah untuk kelihatan tinggi tidak perlulah menyakitkan badan dengan menggunakan kasut tinggi kerana mengikut kajian pemakaian kasut tinggi tidak baik untuk kesihatan.

Tip-tip yang boleh gadis di luar sana praktiskan untuk kelihatan tinggi bak model:

Warna pakaian
Elakkan pakaian dengan warna yang terlalu terang. Warna baju yang terlalu terang dan cerah akan semakin menyerlahkan bahagian- bahagian yang anda ingin sembunyikan. Warna baju hitam dan biru laut merupakan pilihan yang paling tepat untuk membuat tubuh kelihatan lebih ramping. Warna gelap pada bahagian bawah pakaian skirt atau seluar juga akan menambah kesan tinggi pada tubuh anda.

Motif atau corak pakaian
Pilihlah pakaian yang bercorak dan berukuran tebal kerana ia akan lebih efektif untuk menjadikan anda kelihatan lebih ramping. Oleh sebab itu, pilih motif garisan vertikal yang bergaris nipis dan berjarak agak rapat. Kalau boleh pakailah skirt blaus, t-shirt dan gaun bergaris kerana garis vertikal ini akan membuat tubuh anda nampak lebih tinggi. Untuk kelihatan lebih tinggi Anda juga boleh pakai seluar yang panjang dan menutupi sampai ke bahagian kasut.

Ukuran pakaian
Anda juga perlu mempertimbangkan ukuran pakaian yang anda gunakan. Banyak orang memilih pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar supaya kelihatan ramping. Ini adalah salah kerana pakaian yang terlalu ketat akan menampakkan kekurangan pada tubuh anda, sementara pakaian yang terlalu longgar hanya akan menutupkan kelebihan dan kekuatan yang boleh anda tonjolkan dan apabila ukuran pakaian yang sesuai tentunya akan menampakkan anda lebih tinggi.

Skirt
Jika anda suka pakai skirt, jauhkan skirt yang terlalu pendek atau terlalu panjang. Skirt yang terlalu pendek akan membuat kaki Anda kelihatan lebih besar, sementara skirt yang terlalu panjang hanya akan menampakkan tubuh anda lebih kelihatan lebih gemuk.

Postur
Postur tubuh merupakan elemen yang sangat penting dalam penampilan seseorang. Yang dimaksudkan postur di sini adalah sikap dan pembawaan tubuh. Postur tubuh yang kurang baik tidak akan membantu anda untuk kelihatan lebih ramping. Selain itu, perkara tersebut juga menyerlahkan rasa tidak selesa dan kurangnya keyakinan diri. Sebab itu, berdirilah tegak jika Anda ingin kelihatan lebih ramping dan yakinlah pada diri yang walaupun anda tidak tinggi tetapi sekurang-sekurang anda bijak berfesyen.

Kesimpulannnya fesyen itu dapat membantu untuk anda nampak lebih tinggi dan juga fesyen itu boleh membantu anda nampak lebih menarik. Hakikatnya walaupun setinggi mana pun anda jika anda pandai mengayakan pakaian, pastinya akan kelihatan lebih elegan dan tinggi tanpa perlu mengenakan kasut tumit tinggi.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Thursday 17 January 2013

4 Kesakitan pada tubuh badan yang menandakan kanser

 Anda mengalami sakit belakang badan yang berterusan? Simptom-simpton selsema yang tidak hilang? Rasa sakit pada bahagian lengan anda? Kembung perut yang tidak dapat dijelaskan? Sebenarnya, kesemua empat sakit pada bahagian badan ini boleh menjadi tanda-tanda kanser.

Sakit pada belakang badan berkemungkinan kanser pankreas
Lebih 44,000 kes baru mengenai kanser pankreas telah didiagnosis pada tahun ini. Kanser pankreas adalah satu penyakit yang dianggap sebagai pembunuh senyap kerana ia biasanya pada tahap terakhir ketika dikesan. Pankreas ialah satu kelenjar yang menghasilkan asid untuk membantu anda mencerna makanan dan disebabkan ia terletak di belakang perut, menyebabkan tumor sukar untuk dikesan. Apabila tumor menghalang saluran pankreas, asid akan memberi kesan pada pankrea lantas menyebabkan sakit badan yang berlaku pada bahagian belakang.

Ramai orang kerap mengalami sakit yang berkaitan dengan otot belakang. Namun, jika anda mengalami sakit yang berterusan yang tidak dapat dibantu dengan ubat anti radang atau najis pucat, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor kerana berkemungkinan ia kanser pankreas. Namun begitu, kesakitan yang disebabkan oleh kanser pankreas boleh dilegakan buat sementara waktu dengan membongkokkan badan.

Selsema berterusan berkemungkinan 'lymphoma'
Lebih 75,000 kes baru 'lymphoma', yang mana merupakan salah satu kanser bahaya yang menyerang golongan wanita muda telah didiagnos pada tahun ini. 'Lymphoma' ialah kanser kelenjar limfa, yang terletak di ketiak, leher atau pangkal paha. Kanser ini akan menyerang sel-sel darah putih, satu perkara penting dalam sistem imun badan anda. Tanda-tanda 'lymphoma' sama seperti selsema dan kehilangan berat badan secara mendadak, kerap berpeluh pada waktu malam atau demam panas.

Selain itu, gejala lain termasuk ketulan dalam tekak, hidung berdarah atau gusi berdarah. Jika gejala-gejala ini berterusan selama lebih daripada satu atau dua minggu, sila berjumpa dengan doktor sebelum terlambat.

Sakit pada bahagian lengan berkemungkinan kanser paru-paru
Lebih 200,000 kes baru mengenai kanser paru-paru, kanser pembunuh nombor satu yang telah didiagnosis pada tahun ini. Tambahan lagi, 1 daripada 5 wanita yang telah didiagnosis menghidap kanser paru-paru sebenarnya tidak pernah merokok sepanjang mereka hidup. Seperti yang kita tahu, batuk-batuk atau pernafasan yang menyakitkan menandakan kanser paru-paru, tetapi tahukah anda bahawa sakit pada lengan juga merupakan salah satu gejalanya?

Kesakitan yang tidak ada kena-mengena dengan pernafasan ini berlaku pada bahagian dalam lengan dan akan menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa. Semasa kanser ini menyerang, ia akan menghalang saluran darah dan menyebabkan kerengsaan. Anda akan mengalami kesakitan pada bahu dan leher seterusnya merebak ke bahagian lengan anda. Berbanding dengan sakit otot, kesakitan ini sama seperti artritis, ia tidak akan berkurang dengan duduk, berdiri atau menggerakkan lengan anda dengan kedudukan yang berbeza.

Perut kembung berkemungkinan kanser kolon
Kanser kolon boleh diubati jika dapat dikesan terlebih awal. Itulah sebabnya ianya sangat penting untuk anda mengetahui tanda-tandanya. Perut yang kembung dan berkaitan dengan kanser kolon sebenarnya disebabkan apabila tumor menghalang kolon, mencegah pengeluaran gas dan najis keluar dari tubuh badan melaluinya.

Seterusnya, gejala-gejala lain yang berkaitan dengan kanser kolon ialah najis berdarah, perubahan dalam bentuk najis anda dan kencing dengan kerap secara tiba-tiba. Justeru itu, jika anda mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai sejarah kanser kolon, mula jalani kolonoskopi anda secepat yang mungkin.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Tuesday 15 January 2013

Buah Mahkota Dewa



Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Sunday 13 January 2013

Bunga-bungaan


Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Friday 11 January 2013

Tips kecantikan menggunakan uncang teh

Tidak perlu wang yang banyak untuk kelihatan cergas dan cantik lagi sebaliknya anda hanya memerlukan uncang teh. Di sini, kami kongsi 3 tip kecantikan yang sangat senang dilakukan oleh anda dengan hanya menggunakan uncang teh.

Spa wap teh Bawa kemewahan spa ke rumah anda dengan spa wap teh buatan sendiri. Hanya didihkan beberapa cawan air dan tuangkannya ke dalam satu mangkuk yang besar. Kemudian, letakkan satu atau dua uncang teh. Anda disyorkan untuk menggunakan teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan baunya yang memenenangkan. Selubungkan kepala anda dengan tuala dan dedahkan muka anda pada mangkuk tersebut selama 5 hingga 10 minit. Proses ini akan membuka liang roma anda secara semula jadi dan menganjalkannya.

Surutkan mata bengkak Bancung dua uncang teh, kemudian perah keluar sedikit air daripadanya dan biarkan sejuk selama beberapa saat. Selepas itu, anda perlu baring di atas permukaan yang rata dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata dan tekan secara perlahan-lahan. Biarkan uncang teh pada mata selama 15 hingga 20 minit. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih bertenaga dan tidak bengkak! Ini kerana asid 'tannic' dalam teh membantu mengecut mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata.

Betulkan kuku yang patah Satu uncang teh mampu menyelesaikan masalah kuku patah! Potong sebahagian kecil uncang teh anda dan keluarkan serbuk di dalamnyan. Kemudian, lekatkan potongan uncang teh yang kecil tadi pada kuku anda yang patah dan sapukan gam padanya. Proses ini biasanya mengambil masa antara 5 hingga 15 minit, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa. Selepas kering, anda bolehlah gunakan pengilat atau pewarna kuku untuk mencantikkan kuku anda seperti biasa.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Thursday 10 January 2013

Kek Coklet Kukus



Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Wednesday 9 January 2013

Besday Ms Liew


Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Sunday 6 January 2013

Melawat JB



Hasil Nukilan Emiey Cadbury