Rambut anda sering kali gugur setiap kali selepas anda bersyampu atau menggunakan sikat? Jangan risau. Ini adalah masalah biasa yang kebanyakan antara kita mengalaminya. Namun, jika kita terus kehilangan rambut setiap hari, bayangkan apa yang akan terjadi pada kita selepas beberapa tahun? Oleh sebab itu, kita perlu melakukan sesuatu dengan segera untuk memerangi keguguran rambut dan pada masa yang sama merangsang pertumbuhan rambut baru.
Tahukah anda bahawa bawang merah adalah ubat semulajadi yang menakjubkan untuk menangani keguguran rambut? Tambahan pula, ia juga berkesan meningkatkan pertumbuhan rambut anda.
Anda mungkin terfikir bagaimana bawang merah yang berbau kurang menyenangkan ini baik untuk rambut bukan? Sebenarnya, rawatan melebatkan rambut dengan bawang merah bukan sahaja semulajadi tetapi ia juga selamat dan mudah untuk dibuat. Anda bukannya mendedahkan rambut dan kulit kepala kepada bahan kimia yang bahaya tetapi ia cuma bahan yang boleh mencegah keguguran rambut dan pada masa yang sama, melebatkan pertumbuhan rambut baru.
Jadi bagaimana bawang merah membantu memerangi rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru?
Secara fakta, bawang merah sangat tinggi dalam sulfur. Itulah sebabnya jus daripada bawang merah mampu merangsang pertumbuhan rambut kerana sulfur membantu dalam peredaran darah. Ia juga mengurangkan keradangan kulit kerana sifatnya yang antibakteria. Selain itu, bawang merah juga menjadikan rambut anda lebih kuat selain membuka liang-liang folikel rambut anda yang tersekat dan mencegah jangkitan kulit kepala.
Berikut adalah beberapa cara untuk menggunakan bawang sebagai rawatan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru:
Menggunakan jus bawang merah yang mentah:
Ini adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan manfaat daripada sulfur yang terkandung di dalam bawang. Masukkan beberapa bawang merah ke dalam pengisar anda untuk mendapatkan jus atau air bawang merah tersebut. Kemudian, letakkannya pada kulit kepala anda dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih sekiranya anda mahu dan bilas menggunakan syampu. Lakukannya sebanyak tiga kali seminggu selama satu atau dua bulan untuk melihat hasil dan diharapkan bersabar kerana ini adalah cara semulajadi.
Menggunakan campuran bawang merah dan madu:
Ambil satu perempat daripada jus bawang merah yang mentah dan campurkannya dengan madu. Gunakan gabungan dua bahan ini untuk mengurut kulit kepala
Tuesday, 26 March 2013
Saturday, 23 March 2013
Friday, 15 March 2013
Masker Melebatkan Rambut
Musim panas bakal melabuhkan tirainya, sudah tiba masanya untuk anda membersihkan sisa-sisa air garam dari rambut anda dan mula merawat kerosakan di rambut anda dek panahan sinaran mentari musim panas. Anda boleh sahaja menggunakan rawatan pantas dengan membeli masker rambut sedia ada di mana-mana pusat kecantikan dan kesihatan, atau kalau anda lebih gemar pada kaedah alternatif yang lebih semulajadi serta bebas dari sebarang bahan kimia, anda bolehlah membuat masker rambut DIY. Tak tahu bagaimana untuk mula? Mudah saja. Berikut adalah tiga cara paling senang untuk merawat dan mengembalikan kecantikan mahkota anda agar tampak lebih berkilau, sihat dan anda lebih yakin!
Masker rambut minyak kelapa
Bukan hanya aromanya yang eksotik dan lazat, minyak kelapa juga sangat sesuai dijadikan pelembab ringan buat rambut anda yang 'kehausan' dan kusam!
Ramuannya:
• Satu mangkuk kecil mintak zaitun
• Satu mangkuk kecil minyak kelapa
Cara-caranya:
1. Campurkan kedua-dua ramuan tadi dan kacau hingga sebati.
2. Sapukan campuran minyak tadi ke seluruh bahagian rambut anda dan fokus pada bahagian hujung rambut.
3. Selesai melumurkan minyak ke rambut, sanggul rambut anda (jangan ikat / sanggul dengan ketat), kemudian pakai topi mandi (shower cap) dan biarkan selama 15 – 30 minit (bergantung kepada seteruk mana kerosakan rambut anda)
4. Bilas hingga bersih
5. Kemudian syampu dan guna pelembab rambut seperti biasa.
Masker pisang
Masker rambut daripada buah ini sangat sesuai bagi mereka yang memiliki rambut nipis kerana pisang mengandungi potasium yang mana dapat menguatkan rambut dan membaiki rambut rosak tanpa memberi kesan berat pada rambut anda.
Ramuannya:
• satu – dua ulas pisang (lagi masak, lagi bagus).
• satu sudu madu.
Cara-caranya:
1. Kisar pisang, pastikan setiap ketulan pisang itu dikisar lembut (ini SANGAT PENTING!). Jika tidak, bersiap sedialah melaram dengan aksesori tambahan yang terlekat di rambut anda sepanjang hari!
2. Masukkan madu ke dalam campuran pisang yang telah dikisar halus tadi.
3. Sapukan campuran tadi ke seluruh rambut, fokus pada bahagian kulit kepala dan hujung rambut. Sanggul rambut, pastikan tidak diikat ketak dan bungkus dengan topi mandi selama 15 – 20 minit.
4. Bilas hingga bersih.
5. Syampu dan guna pelembab seperti biasa, perlu diingat sekiranya anda memiliki rambut nipis dan kulit kepala berminyak, memadai dengan hanya menyapu pelembap rambut pada bahagian hujung rambut sahaja.
Masker rambut avocado
Anda pastinya sudah sedia maklum dengan nutrisi dan segala kebaikan yang terdapat pada buah avokado yang merupakan antara buah terbaik dan mujarab dijadikan sebagai masker / topeng wajah. Tetapi tahukah anda, anda juga boleh memanfaatkan buah tersebut sebagai alternatif untuk menyuburkan rambut anda? Kuning telur pula kaya dengan lemak dan protein menyegarkan rambut anda.
Ramuannya:
• Setengah biji buah avokado
• Satu biji kuning telur (Simpan putih telur untuk petua ekstra, sila baca hingga habis ya)
Cara-caranya:
1. Kisar buah avokado dan telur ke dalam pengisar sehingga benar-benar halus.
2. Sapukan ke seluruh bahagian rambut, mula dari bahagian kulit kepala sehingga ke hujung rambut, urut perlahan-lahan kulit kepala agar campuran tadi benar-benar meresap ke kulit kepala sekaligus membantu melancarkan peredaran darah.
3. Selesai proses kedua, sanggul rambut anda kemudian bungkus dengan tuala atau topi mandi dan biarkan selama 15 – 20 minit. Hah! Sementara menantikan rambut anda siap dirawat, anda bolehlah mengoleskan putih telur tadi ke wajah anda, untuk agar kulit anda lebih berseri-seri, bolehlah campurkan sedikit madu.
4. Bilas bersih rambut anda, guna syampu dan pelembap rambut seperti biasa dan bergayalah dengan apa jua dandanan rambut pilihan anda.
5. Jangan lupa, sedikit 'keyakinan' agar tampak lebih anggun. Selamat mencuba!

Hasil Nukilan Emiey Cadbury
Thursday, 14 March 2013
Wednesday, 13 March 2013
Tuesday, 5 March 2013
Saturday, 2 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)