Friday 13 December 2013

Petua mudah merawat tumit pecah

Kecantikan tidak hanya dipandang pada bahagian atas sehingga boleh melupakan bahagian bawah seperti kaki. Kaki juga merupakan tumpuan utama seseorang. Tumit merekah merupakan masalag yang sentiasa di hadapi oleh kaum wanita. Kadang kala ia berpunca pada kasut yang kita pakai.

Mungkin pada mulanya, tumit pecah tidak menyakitkan. Namun jika dibiarkan begitu lama tanpa di rawat ia mungkin berdarah. Perkara ini bukan sahaja ditumpukan pada golongan wanita yang berusia sahaja, malah golongan muda juga tidak terkecuali.

Punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu di beri perhatian supaya anda mampu mengelakkan ia daripada terjadi lagi. Antara puncanya termasuk;

• Kulit kering akibat kandungan air tidak mencukupi
• Berat badan yang berlebihan
• Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau kerap
• Alahan pada jenis sabun
• Alahan pada simen lantai
• Mengabaikan penjagaan kaki

Di bawah terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk merawat masalah ini.

Petua 1
Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki anda kembali pulih.

Petua 2
Sapukan losyen setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih losyen yang bertindak untuk membaiki kulit (skin repair).

Petua 3
Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda nampak hasilnya.

Petua 4
Selain betik, anda boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk anda mengamalkan petua ini adalah selepas anda pulang dari kerja.

Petua 5
Rendamkan kaki anda dengan air suam, kemudia ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu.

Petua 6
Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jika anda seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalm rumah. Pastikan selipar anda itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai.

Petua 7
Ketika anda mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali anda mandi dan lihat hasilnya.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Wednesday 11 December 2013

Makanan larut malam menyihatkan

Menurut kajian makan lewat malam itu boleh mengundang pelbagai penyakit membahaya dan sekiranya tidak dikawal ianya boleh mengundang pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi dan yang paling ditakuti sakit jantung.

Malah kajian juga mendapati bagi mereka yang berusia 30 tahun ke atas, mereka mudah untuk diserang pelbagai penyakit disebabkan kadar metabolisme dan keupayaan untuk melawan penyakit semakin tidak kuat. Sesungguhnya penyakit itu berpunca daripada makanan.

Namun begitu jangan bimbang sekiranya anda seorang yang gemar makan lewat malam kerana tiada halangan untuk makan lewat malam kerana sememangnya Malaysia terkenal dengan syurga makanan tetapi anda haruslah tahu untuk memilih makanan yang rendah kalori dan yang menyihatkan untuk diambil saat berasa lapar.

Buah-buahan segar
Sebaiknya makanlah buah-buahan di malam hari kerana makanan ringan seperti buah-buah elok dan sesuai untuk dijadikan santapan ketika lapar. Malah buah-buahan seperti epal, oren juga boleh dibuat jus. Rasanya yang segar dan menyihat mampu melancarkan sistem penghadaman dan sebagai antioksidan ketika tidur. Elakkan dari mengambil makanan yang berat seperti nasi dan roti canai kerana ianya mengambil masa untuk dihadam dan juga tidak membahayakan kesihatan anda.

Yogurt dengan buah-buahan
Makanan sejuk yogurt mengandungi kandungan protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah. Selain menghilangkan rasa lapar, ia juga mampu mengelakkan insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam. Untuk proses antioksidan dan rasa yang lebih sedap, tambahkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi ataupun blueberri.

Pisang
Pisang adalah makanan yang menyihatkan tubuh badan kerana ianya mengandungi karbohidrat kompleks yang memudahkan kita untuk tidur.Ianya juga menghasilkan dan meningkatkan kadar insulin yang mana membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi. Tambahan. Kandungan potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang juga terbukti berkesan untuk membantu otot berehat.

Roti gandum
Roti gandum kaya dengan sumber vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asam folat dan antioksida. Bahkan ianya mempunyai karbohidrat kompleks yang membuatkan kita kenyang lebih lama. cukup sekadar makan sepotong sandwich bersama roti gandum serta sedikit salad dengan daging tanpa lemak mampu untuk membuat tidur anda lebih lena dan menyihatkan.

Coklat
Coklat dipercayai mengandungi pelbagai khasiat seperti antioksidan yang mana boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi mereka yang mengidap penyakit darah tinggi (hipertensi). Namun begitu, kadar pengambilan haruslah tidak berlebihan kerana coklat sememangnya sedap tetapi tidak digalakkan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.

Kesimpulan kesihatan itu adalah perkara yang mustahak yang harus dijaga setiap masyarakat kerana kesihatan itu merupakan suatu perkara yang tidak boleh dijual beli di mana-mana.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Tuesday 10 December 2013

alahan makanan

Seluruh dunia tahu bahawa Malaysia merupakan negara yang menghasilkan pelbagai resipi makanan dan kelazatannya tidak dapat dipertikaikan. Di mana-mana tak kira siang dan malam, kita boleh mendapatkan makanan dengan mudah. Namun begitu, ada di antara kita tidak mampu menikmati semuanya kerana mengalami alahan terhadap makanan. Sesetengah kes alahan boleh menyebabkan kematian. Dianggarkan sebanyak 25 peratus rakyat Malaysia mengalami alahan makanan.

Apa itu alahan?
Alahan terhadap makanan merupakan tahap kesihatan yang serius yang menjejaskan sehingga 15 juta rakyat termasuk 1 dalam 13 kanak-kanak. Tugas sistem imun badan kita adalah untuk mengenal pasti dan memusnahkan kuman (bakteria dan virus) yang membuatkan anda jatuh sakit. Alahan makanan terhasil apabila sistem imun tersilap mensasarkan protein makanan sebagai ancaman dan memusnahkannya.

Simptom-simptom alahan makanan
Antara gejala yang dapat dilihat jelas ialah bengkak di bahagian mulut dan nafas berbunyi. Tekanan darah juga boleh turun mendadak dan simptom ini dikenali sebagai kejutan anafilaksis. Apa jua jenis makanan boleh penyebab alahan dan ia terpulang kepada keadaan individu tersebut. Kebiasaannya, ia hanya melibatkan beberapa jenis kandungan makanan sahaja.

Adakalanya, ia akan lega buat sementara tetapi efeknya akan datang beberapa jam kemudian. Gejala yang biasa dilihat pada individu adalah seperti :

• Gatal – gatal kulit
• Mata berair
• Hidung tersumbat
• Cirit – birit
• Bengkak bibir dan mulut
• Kejang otot perut
• Ruam pada kulit

Diantara gejala serius yang perlu mendapatkan rawatan segera pula:

• Pening
• Sukar bernafas
• Dada terasa tegang
• Tekak seperti tercekik

Apabila gejala alahan berlaku, pelepasan kimia akan terjadi dan bertindak di beberapa bahagian tubuh terutamanya saluran pernafasan, usus besar, kulit, tekak, serta jantung. Alahan biasanya dikaitkan dengan beberapa jenis makanan seperti susu, kekacang, makanan laut dan telur.

Bagi penghidap asma, anda harus memberi perhatian lebih kerana gejala itu boleh mengakibatkan tindak balas dan reaksi lebih kritikal.

Sekiranya individu alah pada sejenis makanan, tidak mustahil mereka juga alah kepada makanan yang lebih kurang sama kategorinya. Contohnya, jika alahan utama anda merupakan susu lembu, anda mungkin akan alah juga pada keju yang diperbuat daripada susu lembu.

Rawatan dan pencegahan
Jangan ambil mudah apabila ada diantara keluarga anda mengadu sakit selepas makan. Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin kerana alahan pada makanan boleh menyebabkan kematian. Namun, cara paling tepat adalah dengan mengelak. Ambil beberapa langkah mudah di bawah kerana ia mampu menhindarkan serangan serta menyelamatkan nyawa anda.
• Jangan segan bertanya ramuan apa di dalam makanan jika anda makan di luar atau menghadiri majlis keramaian. Anda perlu bersikap terbuka dengan alahan yang anda hidapi.
• Dapatkan nasihat pakar tentang makanan apa yang selamat dimakan oleh anda serta vitamin tambahan apa yang perlu anda ambil.
• Cari di internet atau beli buku khas resipi khas untuk alahan. Kami pasti anda boleh mendapatkan buku itu di kedai – kedai buku berdekatan.
• Ikuti rawatan pencegahan seperti imunote- rapid an beberapa terapi alahan makanan yang terkini.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Monday 9 December 2013

Jenis minyak yang baik untuk rambut

Anda tidak lagi perlu berbelanja lebih untuk rambut. Produk terbaik di pasaran seringkali membuatkan anda lari bajet setiap bulan. Kadang kala, produk yang terbaik boleh ditemui di pasaraya berdekatan . Seperti yang kita semua tahu,produk terbaik untuk rambut kita adalah minyak semula jadi. Lihat sahaja selebriti Bollywood, bagaimana mereka memiliki rambut cantik, bersinar dan lebat? Rakyat di India memang terkenal dengan penggunaan minyak. Jadi, mari kita lihat 6 jenis minyak yang bagus untuk rambut anda.

Minyak avokado
Minyak avokado sangat bagus untuk rambut normal. Ia mempunyai kandungan nutrient yang banyak seperti asid amino, lemak asid, vitamim A,B,D dan E. Ia juga berkesan sebagai pelembap, perapi dan membaiki kekuatan, melurus dan menyinarkan rambut anda.

Minyak kastor
Minyak kastor bertujuan menebalkan rambut anda, mendorong fosikel rambut untuk berfungsi supaya rambut baru dapat dihasilkan, menhalang daripada masalah botak. Mengurangkan rambut bercabang dan membantu melembutkan rambut mengerbang. Minyak kastor juga menghalang sebarang penyakit kulit di kepala.

Minyak kelapa
Minyak kelapa sangat popular di kalangan masyarakat India. Minyak kelapa menghalang kelimumur, menguatkan akar rambut, meluruskan, melebatkan dan menghalang sebarang kerosakan rambut.

Minyak zaitun
Masyarakat Mediterranean amat menyukai penggunaan minyak zaitun ini. Minyak zaitun bertindak sebagai pelembap, perapi, menguatkan akar rambut, mengurangkan kelimumur dan juga sumber antioksidan yang kuat untuk membantu mengurangkan rambut gugur.

Minyak rosmeri
Minyak rosmeri agak sukar di dapati di pasaran, namun ia bertindak memberi rangsangan pada fosikel rambut untuk berfungsi menghasilkan rambut baru. Ia juga menghalang daripada kemunculan uban, menghalang kelimumur, meluruskan rambut mengerbang serta menyinarkan rambut anda.

Minyak badam
Minyak badam berfungsi perangsang terbaik untuk melembutkan kutikel rambut, memberi rangsangan pada fosikel rambut untuk berfungsi menghasilkan rambut baru, menebalkan rambut, menghalang rambut gugur dan menyinarkan rambut anda.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Saturday 7 December 2013

Tabiat pemakanan yang menggemukkan tanpa disedari

Adakalanya kita tidak sedar terdapat beberapa tempat atau lokasi serta tabiat yang mampu menyumbang kepada penambahan berat. Contohnya ketika menonton filem di pawagam dimana fokus kita adalah kepada skrin dan tanpa sedar, kita berterusan mengunyah bertih jagung dan minuman sehingga ia boleh membuatkan berat badan meningkat satu atau dua kilogram.

Mari kita lihat beberapa tempat dan tabiat yang menyumbang kepada penambahan berat badan anda tanpa disedari dan diharapkan anda boleh mengawalnya pada masa akan datang.

DALAM KENDERAAN
Ya, ini adalah salah satu tempat kegemaran ramai orang terutama sekali ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih-lebih lagi ketika hendak ke pejabat atau pulang. Makanan ringan atau snek menjadi pilihan untuk dikunyah sebagai pelapik perut menahan lapar, malah ada yang menyimpan 'stok makanan' di dalam kenderaan mereka. Tabiat ini bukan sahaja tidak bagus dan boleh menambah berat badan tanpa disedari, malah kenderaan anda juga akan menjadi kotor dengan bungkusan dan habuk makanan.

DEPAN TELEVISYEN
Rasanya hampir semua lakukan ini! Ramai yang berpendapat anda akan cepat bosan dan lapar sekiranya menonton televisyen tanpa mengunyah sesuatu. Malah ada yang merasakan saat bersama keluarga dan menikmati filem kegemarah di kaca televisyen lebih menarik dengan hidangan makanan menarik seperti piza, keropok dan sebagainya. Tak salah untuk mengunyah sesuatu, tapi pastikan anda mengawalnya agar ia tidak keterlaluan dan mengambil makanan sihat.

KETIKA MEMBUAT KERJA
Mengunyah sesuatu ketika menyiapkan tugasan adalah satu perkara yang biasa dilakukan oleh mereka yang ingin mengelak rasa mengantuk. Keropok, coklat dan makanan kurang khasiat seringkali menjadi pilihan mereka. Bagi mengelak perkara ini berlaku, apa kata kurangkan pengambilan makanan ringan dan berehat seketika sebelum sambung menyiapkan tugasan kembali.

ATAS SOFA
Siapa yang tidak suka melepak di atas sofa yang empuk sambil melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain komputer atau membaca sambil berbaring? Keempukan dan kelembutan sofa pasti membuatkan anda lebih gemar untuk makan sambil melakukan aktiviti tersebut. Ianya tidak bagus kerana sisa makanan akan terkumpul dengan lebih mudah dan ia akan membuatkan berat badan anda meningkat dengan cepat.

Kesimpulannya anda harus bijak mengawal nafsu makan atau mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat serta bersenam. Tak salah untuk mengunyah ketika melakukan sesuatu aktiviti, tapi pastikan anda melakukan sesuatu bagi mengelak berat badan anda meningkat dengan cepat.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Wednesday 4 December 2013

Sakit yang tidak patut anda abaikan

Tahukah anda ada 9 gejala sakit yang biasa anda hadapi boleh menjurus kepada penyakit yang lebih serius jika tidak di rawat? Mungkin kesibukan harian menjadi satu alasan anda malas untuk mendapatkan rawatan. Tidur mungkin boleh melegakannya seketika tetapi bukan merawatinya.

Mari kita lihat antara 9 gejala sakit yang anda tidak patut abaikan. Kami nasihatkan, jika anda mempunyai beberapa gejala di bawah, segeralah mendapatkan rawatan ya.

Pening kepala yang serius / migrain
Semua orang menghadapi pening kepala, dan sesetengah daripada kita mungkin menghidap migrain. Tetapi jika tiba-tiba anda menhadapi pening kepala yang sangat luarbiasa atau terlampau sakit sehingga anda tidak boleh tahan, segeralah berjumpa dengan doktor. Pastikan anda tidak memandu sendirian. Pening kepala mampu menyebabkan kerosakan otak dalam masa beberapa minit.

Sakit gigi
Kata orang-orang tua, sakit bersalin masih mampu ditahan, tetapi sakit gigi tidak boleh. Sakit gigi biasanya disebabkan kaviti. Jika anda membiarkan sahaja kaviti merebak, ia boleh menjurus kepada infeksi dimana kos rawatannya boleh mencecah beratus ringgit kerana anda perlu membuat rawatang akar. Apa yang paling penting, infeksi tersebut boleh merebak ke seluruh tubuh badan anda jika ditidak dirawat.

Cirit-birit / sembelit
Sekali sekala kita akan mengalami cirit birit atau sembelit, Tetapi jika gejala ini berlangsung lebih daripada beberapa hari, lebih baik anda pergi mendapat rawatan doktor secepat mungkin. Sembelit juga boleh bermakna anda menghadapi masalah usus tersumbat, tumor atau prolaps. Cirit birit yang berpanjangan pula boleh menyebabkan dehidrasi dan boleh menyebabkan beberapa masalah seperti jangkitan parasit, kanser, atau masalah pada pankreas atau pundi hempedu.

Sakit mencucuk pada bahagian belah kanan badan
Jika anda merasakan sakit yang tajam atau seolah – olah dicucuk terutamanya pada bahagian bawah perut dan disertai dengan loya dan demam. Kemungkinan anda mempunyai apendiks. Apendiks boleh mambawa maut jika tidak dirawat.

Penurunan berat badan yang mendadak
Memang penurunan berat badan sesuatu yang menggembirakan, namun jika anda mendapati anda kehilangan berat badan yang mendadak dan anda tidak mengamalkan sebarang diet, ia mungkin boleh menyebabkan kepada beberapa masalah kesihatan seperti hypertyrodisme, kanser, diabetes dan penyakit hati.

Demam berpanjangan
Demam adalah reaksi biasa untuk jangkitan kecil atau ia boleh menjadi gejala yang mengancam nyawa. Kadang-kadang memang sukar untuk mengetahui perbezaannya. Garis panduan yang terbaik adalah jika demam yang di hadapi di atas 103 darjah anda perlu mendapatkan rawatan doktor segera. Atau, jika demam tidak kebah dalam masa lebih daripada tiga hari, ia juga perlu diperiksa. Sambil itu juga, periksa di badan jika ada kemunculan bintik-bintik kecil. Ia mungkin satu isyarat badan anda sedang bertindak balas kepasa sesuatu yang lebih serius seperti jangkitan saluran kencing, batuk kering atau kanser.

Kemunculan bintik seperti tahi lalat di kulit
Kita semua mungkin mempunyai sekurang-kurangnya beberapa tahi lalat, tetapi jika anda menyedari bahawa tahi lalat anda kelihatan lebih besar, lebih gelap atau bentuk yang berbeza daripada bentuk tahi lalat biasa, Ia boleh menjadi tanda bahawa ia telah berkembang menjadi melanoma atau kanser kulit.

Sesak nafas
Sesak nafas merupakan salah satu gejala yang anda tidak boleh abaikan. Jika anda hampir tidak boleh bernafas atau tercungap-cungap secara tiba-tiba, jangan lengahkan waktu. Panggil sesorang untuk menghantar anda ke klinik atau hospital berdekatan. Sesak nafas boleh menyebabkan asma, radang paru-paru, bronchitis, embolisme pulmonary, masalah jantung, paru-paru atau lain-lain masalah.

Sakit dada
Kadang-kadang sakit dada hanya disebabkan pedih ulu hati. Tetapi itu bukan sahaja, banyak penyakit yang mempunyai gajala ini dan ia tidak boleh dipandang remeh. Kesakitan dada yang dihadapi mungkin menyebabkan serangan jantung. Kesakitan akan berterusan dan ia seperti dada anda ditekan, atau dada terasa sebu. Anda juga mungkin akan mengalami kesakitan pada bahagian atas badan terutamanya lengan kiri, leher atau bahu anda.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury


Tuesday 3 December 2013

Kesalahan merawat jerawat

Jerawat adalah satu perkataan yang paling ditakuti kaum hawa dan kini kaum adam pun mungkin tidak suka mendengar perkataan ini tetapi ketahui sekiranya wajah anda ditumbuhi jerawat janganlah tersilap dan tersalah cara untuk merawatnya.

Kerana sesetengah orang berpendapat sekiranya ada jerawat tumbuh di wajah boleh menyapu ubat gigilah nanti jerawat itu mengecut dan hilang. Oh itu semua tidak benar sama sekali kerana tiada kajian yang mengesahkan dakwaan itu kerana mustahil dengan meletakkan ubat gigi jerawat anda akan hilang sekelip mata.

Sebenarnya dengan meletakkan ubat gigi ianya tidak memberi kesan apa-apa bahkan mungkin boleh memberi kesan lebih teruk pada wajah anda.

Banyak lagi kesalahan yang tanpa kita sedari ianya tidak membantu dalam menghilang jerawat di wajah kita.

Jom kita lihat antara kesalahan-kesalahan dalam merawat jerawat

Sapu ubat gigi
Seperti yang diperkatakan tadi dengan meletakkan ubat gigi pada jerawat yang tumbuh itu boleh menghilangkan jerawat. Nah itu semua tidak benar, tetapi sebenanrya ubat gigi itu berfungsi lebih untuk memberi kesejukan pada wajah sahaja. Malah sebenarnya bahan-bahan yang terkandung dalam ubat gigi itu boleh menyebabkan kulit anda kemerahan dan seperti terbakar.

Perah limau atau lemon
Limau dan lemon adalah buah-buahan yang memang sedap untuk dimakan serta aromanya yang harum dan menyegarkan pasti menjadi tarikan. Namun kini ada sesetengah wanita mengamalkan cara yang salah untuk merawat jerawat kerana ketahuilah air perahan limau dan lemon itu terkandungnya asid yang agak tajam yang mana apabila terkena pada kulit ianya akan menyebabkan jerawat anda semakin gatal dan merah-merah.

Berjemur
Berjemur di tengah panas sememang dapat mengeluarkan segala kotoran yang ada di bawah kulit muka. Namun begitu, secara tidak langsung jerawat yang tumbuh itu juga akan meninggalkan kesan bintik hitam dan akhirnya akan membuatkan kulit wajah kamu semakin lain bahkan jerawat juga akan semakin merebak lagi.

Air putih telur dan hirisan tomato
Buah tomato memang tidak disangkal mempunyai khasiat dan baik untuk kulit kerana mengandungi vitamin A. Tetapi ia tidaklah terlalu berkesan untuk menghilangkan masalah jerawat di kulit anda dan petua menggunakan air putih telur juga tidak pratikal kerana mungkin sesetengah berjaya tetapi kesannya pada jangka masa panjang mungkin tidak berkekalan.

Hasil Nukilan Emiey Cadbury